Shaiful Shamsudin
Thu Dec 15 2022

Persaraan Luka Modric di pentas antarabangsa akan menjadi satu kisah menyedihkan buat peminat bola sepak, kata ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, yang menaruh harapan pemain tengah itu akan kekal bersama pasukannya.
Modric memenangi Ballon d'Or selepas membawa Croatia ke final Piala Dunia di Russia empat tahun lalu, dan bintang Real Madrid itu sekali lagi menikmati kejohanan hebat ketika memacu anak buah Dalic tersebut mara ke separuh akhir di Qatar.
Bagaimanapun, Kehadiran pemain berusia 37 tahun itu belum cukup memberi inspirasi kepada pasukannya untuk mengatasi Argentina semalam, secara tidak langsung membangkitkan persoalan mengenai karier antarabangsanya.
Modric enggan mengulas sebarang komen mengenai masa depannya selepas kekalahan itu, tetapi Dalic berharap kaptennya masih lagi boleh dipertaruhkan selepas perlawanan merebut tempat ketiga, Sabtu ini.
"Dia sangat kecewa semalam, kekalahan dan perlawanan itu adalah sukar untuknya," kata Dalic kepada pemberita.
“Adalah logik dia berasakan begitu, ia amat sukar buatnya.
"Tumpuan kami adalah kepada perlawanan Sabtu ini, kami tidak bercakap tentang persaraan. Kami perlu bersedia untuk perlawanan itu.
"Saya harap dia akan kekal dalam pasukan kebangsaan. Sudah tentu, dia sendiri yang akan menentukannya. Kami ada satu lagi perlawanan Sabtu ini dan kami akan bercakap selepas itu.
"Jika Luka mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan, ia akan menjadi satu kesedihan dan kekesalan buat peminat di seluruh seluruh dunia. Dia telah mempamerkan banyak permainan yang bagus tetapi dia juga terbukti sebagai seorang pemain profesional yang terbaik.
"Baik menang mahupun kalah, dia berkelakuan seperti seorang profesional sejati. Ia sukar untuknya dan dia sendiri yang akan memutuskannya.
"Ia akan menjadi sukar buat saya juga andai dia memutuskan sebaliknya. Seluruh dunia menghormati Modric. Alangkah baiknya jika dia boleh mewakili kami."

Luka Modric setuju terus curah keringat di Real Madrid
Luka Modric bersetuju untuk menyambung kariernya bersama Real Madrid selama setahun lagi.

Liga Negara-Negara UEFA: Croatia sasar trofi pertama
Luka Modric telah menjadi penggerak Croatia dalam perjalanan ke final Liga Negara-Negara malam ini, di mana mereka boleh memperoleh trofi utama pertama mereka menentang pasukan Sepanyol yang cukup dikenalinya.

UCL: Real Madrid sahkan Luka Modric pulih jumpa Manchester City
Penyerang Real Madrid, Luka Modric, disahkan cergas untuk menentang Manchester City dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.

Luka Modric mahu buktikan masih layak sarung jersi Real Madrid
Luka Modric belum memulakan sebarang rundingan kontrak dengan Real Madrid sambil berikrar untuk kekal di kelab itu berdasarkan merit.

Modric beri bayangan wakili Croatia ke Euro 2024
Luka Modric telah memutuskan untuk terus mewakili Croatia selepas kapten veteran itu membantu pasukannya merangkul gangsa di Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Croatia rayu Luka Modric tangguh persaraan
Persaraan Luka Modric di pentas antarabangsa akan menjadi satu kisah menyedihkan buat peminat bola sepak, kata ketua jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, yang menaruh harapan pemain tengah itu akan kekal bersama pasukannya.

Piala Dunia Qatar: Croatia perlu peraga aksi terbaik sekat Argentina, kata Modric
Luka Modric berkata Croatia harus memperagakan permainan terbaik dalam hidup mereka demi mengatasi Argentina yang diketuai Lionel Messi dalam separuh akhir Piala Dunia, awal pagi esok.

Piala Dunia Qatar: Dia akan kembali lebih mantap, Luka Modric pujuk Rodrygo
Luka Modric percaya rakan sepasukan di kelab Real Madrid, Rodrygo, akan bangkit lebih mantap selepas tendangannya diselamatkan dalam kemenangan Croatia ke atas Brazil dalam suku akhir Piala Dunia, sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Dalic yakin Modric akan kekal sarung jersi Croatia
Zlatko Dalic yakin Piala Dunia Qatar bukan kejohanan antarabangsa terakhir Luka Modric ketika jurulatih Croatia menegaskan pemain tengah itu akan 'berusaha untuk memperbaiki diri'.

Ancelotti tegaskan Piala Dunia tidak jejas tumpuan Real Madrid
Carlo Ancelotti menegaskan pemain Real Madrid tidak bermain bukan kerana bimbangkan kecederaan sebelum Piala Dunia, kerana Luka Modric dan Karim Benzema diketepikan daripada lawatan Liga Juara-Juara bertemu RB Leipzig.