CROATIA 1 BRAZIL 1
(Croatia mara menerusi penentuan sepakan penalti 4-2)
Semi-finalis edisi lalu, Croatia, sekali lagi melakar kejutan apabila mengulangi pencapaian sama dengan menyingkirkan calon juara, Brazil, di Stadium Education City sebentar tadi.
Brazil tampak di laluan kemaraan apabila Neymar menjaringkan gol antarabangsanya ke-77 untuk menyamai pencapaian jaringan legenda skuad Samba, Pele, dalam separuh masa pertama tambahan masa perlawanan Piala Dunia di Qatar itu.
Namun, jaringan Bruno Petkovic yang tertampan ke kaki Marquinhos sebelum menerjah gawang ketika permainan berbaki empat minit mengheret ke babak penentuan sepakan penalti dan pertahanan Brazil itu kemudian sekali lagi hampa apabila tendangannya ditepis sekali gus menghantar Croatia ke separuh akhir.
Dominik Livakovic muncul sebagai pemain yang paling menyerlah dalam perlawanan selepas penjaga gol itu bertindak menangkis 11 percubaan juara lima kali berkenaan dalam tempoh 120 minit sebelum penentuan sepakan penalti tersebut apabila turut menyelamatkan percubaan pertama Rodrygo, dengan Neymar tidak sempat mengambil gilirannya untuk pasukan pilihan ramai itu dihantar pulang.
Shaiful Shamsudin
Fri Dec 09 2022


Zinedine Zidane calon paling sesuai bimbing Brazil -- Juninho
Zinedine Zidane melihat peluang untuk mengambil alih jawatan Didier Deschamps bagi melatih Perancis mungkin perlu ditangguhkan selepas pengendali kebangsaan itu memeterai perjanjian baru hingga Piala Dunia 2026.

Legenda Brazil Pele meninggal dunia
Pele, legenda hebat Brazil dan pemenang Piala Dunia tiga kali, telah meninggal dunia.

Pele meninggal dunia: Legasi legenda Brazil akan 'melangkaui generasi' -- Ronaldo
Legasi Pele akan 'melangkaui generasi' selepas kematian legenda hebat Brazil itu awal pagi tadi, menurut legenda Selecao, Ronaldo Nazario.

Pele meninggal dunia: Bolasepak hanyalah sukan sebelum lahirnya Pele -- Neymar
Neymar menabur pujian kepada Pele kerana mengubah 'bola sepak menjadi seni' dan mengubah wajah sukan itu selamanya selepas kematian legenda Brazil itu.

Pele meninggal dunia: Hospital Sao Paulo sahkan kegagalan beberapa organ punca kematian
Punca kematian Pele telah disahkan sebagai kegagalan beberapa organ akibat perkembangan kanser kolonnya.

Pele meninggal dunia: 'Edson hentikan peperangan dan sebarkan cinta'
Pele telah dipuji kerjanya di dalam dan di luar padang selepas kematiannya pada usia 82 tahun.

Brazil mahu rebut Jose Mourinho daripada Portugal
Saham Jose Mourinho kian melonjak di peringkat antarabangsa apabila skuad kebangsaan Brazil dilaporkan berminat untuk menyaingi Portugal dalam menandatangani ketua jurulatih itu.

Anak perempuan beri perkembangan Pele dengan gambar bergerak
Anak perempuan Pele memberikan perkembangan mengenai bapanya denganĀ satu kiriman gambar bergerak di media sosial.

EPL: Conte sahkan Richarlison perlu berehat empat minggu kerana cedera paha
Richarlison terpaksa berehat tiga hingga empat minggu kerana kecederaan paha yang dialaminya sewaktu Piala Dunia Qatar baru-baru ini, demikian disahkan pengurus Tottenham, Antonio Conte.

Tiba masa Brazil pandang ke luar
Di negara Brazil, ada satu pepatah berbunyi "Jika ingin mengelakkan konflik, jangan diperdebatkan tentang tiga perkara -- agama, politik dan bola sepak".