Shaiful Shamsudin
Thu Dec 08 2022

Cristiano Ronaldo mengisytiharkan Portugal "begitu hampir diruntuhkan oleh kuasa luar" ketika bertindak balas berhubung laporan dia mengancam untuk meninggalkan kem Portugal dalam Piala Dunia.
Akhbar Portugese Record mendakwa ketua pasukan kebangsaan itu mengancam untuk meninggalkan kem negaranya di Qatar selepas diberitahu tidak akan memulakan perlawanan pusingan 16 berdepan Switzerland.
Ia didorong oleh ketua jurulatih, Fernando Santos. yang mengkritik reaksi pemain itu selepas digantikan dalam kekalahan 1-2 kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, Persekutuan Bola Sepak Portugis (FPF) dengan pantas menafikan bahawa Ronaldo, yang masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 6-1 ke atas Switzerland kelmarin, telah menyuarakan sebarang ancaman.
Pemain tanpa kelab itu kemudian menggunakan Twitter sambil berikrar untuk terus mencurah segala kudratnya bagi Portugal memastikan menggondol trofi Piala Dunia.
"Kumpulan ini begitu hampir dimusnahkan oleh kuasa luar," kata penyerang itu bersama imej rakan sepasukannya meraikan gol ketika menentang Switzerland.
"Portugal berani membiarkan dirinya digeruni oleh musuh. Pasukan ini dalam erti kata sebenar akan berjuang untuk mencapai impian habis-habisan! Yakinlah dengan kami! Kekuatan, Portugal!"

Piala Super Saudi: Ronaldo gagal bantu Al Nassr ke final
Cristiano Ronaldo tidak dapat membantu Al Nassr ke final Piala Super Saudi selepas tewas 1-3 kepada Al Ittihad di Stadium Antarabangsa King Fahd awal pagi tadi.

Cristiano Ronaldo ketuai Al Nassr ke puncak Liga Pro Saudi
Cristiano Ronaldo membawa Al Nassr kembali ke puncak carta di sebalik tidak menghasilkan sebarang gol dalam penampilan pertamanya dalam Liga Pro Saudi.

Ronaldo jaring dua gol di Riyadh tapi Messi, Mbappe pacu kemenangan PSG
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol tetapi Lionel Messi dan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 5-4 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Riyadh All-Stars dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Al Nassr tunda perlawanan akibat bekalan elektrik
Kelab baharu Cristiano Ronaldo, Al Nassr, terpaksa membatalkan perlawanan Liga Pro Saudi menentang Al Tai, malam tadi, berikutan cuaca buruk hingga menjejaskan bekalan elektrik di stadium.

Cristiano Ronaldo: Tugas saya di Eropah sudah selesai
Cristiano Ronaldo tidak terpengaruh dengan kritikan terhadap keputusannya untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr, apabila mengisytiharkan bahawa tugasnya di Eropah telah pun selesai.

Howe nafi klausa Cristiano Ronaldo ke Newcastle United andai layak ke UCL
Cristiano Ronaldo tidak mempunyai klausa dalam kontrak Al Nassr untuk membolehkannya menyertai Newcastle United andai mereka layak ke Liga Juara-Juara (UCL), kata Eddie Howe.

Visi Al Nassr beri inspirasi kepada Ronaldo
Cristiano Ronaldo menantikan pengalaman baharu di Arab Saudi sambil memuji visi yang penuh 'inspirasi' Al Nassr.

Cristiano Ronaldo lengkap perpindahan sertai Al Nassr
Cristiano Ronaldo telah menyelesaikan perpindahan ke Al Nassr.

EPL: Manchester United perlu penyerang baru selepas hilang Ronaldo, kata Ten Hag
Erik ten Hag percaya Manchester United perlu menandatangani penyerang baru dalam jendela perpindahan bulan depan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo.

Al Nassr sanggup tunggu Cristiano Ronaldo
Kesabaran akan menjadi kunci utama Al Nassr dalam usaha untuk memikat Cristiano Ronaldo, kata pengarah sukan kelab Arab Saudi itu, Marcelo Salazar.