Muzaffar Musa
Sat Nov 19 2022

Bruno Fernades berkata dia tiada sebarang masalah dengan Cristiano Ronaldo susulan temu bual kontroversi rakan sepasukannya di Manchester United itu.
Ronaldo, dalam satu temu bual TalkTV, berkata dia berasa dikhianati oleh United dan mendedahkan hubungannya dengan pengurus, Erik ten Hag, sudah berakhir selain turut mengkritik pemilik kelab itu, Keluarga Glazer.
Satu rakaman video menunjukkan Fernandes memberikan layanan dingin buat Ronaldo sewaktu mereka mendaftarkan diri ke kem kebangsaan bagi saingan Piala Dunia Qatar.
Pertahanan United, Raphael Varane, turut menyatakan bahawa saga Ronaldo itu telah menjejaskan kelab berkenaan.
Bagaimanapun, Fernandes berkata dia tiada sebarang isu dengan penyerang berkenaan pada ketika Portugal sedang bersiap sedia untuk menghadapi Ghana dalam perlawanan pertama Kumpulan H awal pagi Jumaat ini.
Pemain tengah itu berkata kepada Sky Sports: "Saya tidak membaca temu bual itu jadi saya OK dengannya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kini masanya untuk pasukan kebangsaan, untuk Portugal.
"Jurulatih telah menentapkan satu tujuan untuk kami dan tujuan itu telah ditetapkan sejak saya menyertai skuad kebangsaan pada 2017.
"Ia masih jelas bahawa di dalam fikirannya perkara utama di sini adalah untuk pasukan kebangsaan dan kami, jadi kami perlu fokus untuk Piala Dunia.
"Anda tiada peluang untuk bermain banyak kali dalam Piala Dunia -- Cristiano benar-benar melakukannya dengan baik untuk bermain lima kali, ini akan menjadi penampilan kelimanya -- jadi semua orang sudah bersedia, semua orang mahu memberikan yang terbaik buat pasukan ini," katanya.
Fernandes menambah: "Ini adalah pasukan kebangsaan. Manchester United akan menjadi fokus saya selepas 18 Disember ini kerana itulah tarikh final (Piala Dunia).
"Saya tiada masalah dengan sesiapa. Saya buat kerja saya. Anda perlu mengawal diri anda, berikan yang terbaik dan itu sahaja."

Liga Super: Usia bukan penghalang Del Valle pacu gemilang Selangor FC
Penyerang baru Selangor FC, Ayron Del Valle, berkata faktor usia bukan penghalang untuk dia memacu kejayaan buat pasukan Merah Kuning itu musim ini.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Selangor FC akan berkampung di Bangkok selama lima hari dalam misi menguji dua kelab Thailand bulan depan.

Liga Super: Cabaran baru beraksi petang
Perubahan kalendar Liga Malaysia (Liga-M) musim ini termasuk beraksi pada sebelah petang akan menjadi cabaran baru buat pasukan dan pemain untuk meningkatkan kualiti permainan ke tahap tertinggi.

LaLiga: Xavi gembira Marcos Alonso pilih kekal di Barcelona
Xavi yakin Marcos Alonso akan memainkan peranan besar dalam usaha Barcelona untuk memenangi lebih banyak trofi selepas pemain itu menandatangani kontrak baru semalam.

EPL: Caicedo mahu tinggalkan Brighton selepas dipikat Arsenal
Moises Caicedo telah memaklumkan kepada Brighton and Hove Albion mengenai hasratnya untuk meninggalkan pasukan itu selepas Arsenal dilaporkan melancarkan bidaan sebesar £60 juta (RM315.27 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Ecuador berkenaan.

EPL: Klopp janji trofi sedang menanti Liverpool selepas waktu sukar
Jurgen Klopp melihat faktor masa menjadi musuh utama Liverpool dalam usahanya untuk membina empayar di Anfield sambil berjanji trofi dan kejayaan akan menanti pasukan itu di hujung terowong.

FIFA hukum Cavani, Godin, FA Uruguay gara-gara kelakuan pemain dalam Piala Dunia
Edinson Cavani dan Diego Godin antara empat pemain yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara kelakuan mereka sewaktu Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia Qatar bulan lalu.

EPL: Kieran Trippier gembira lanjut kontrak di Newcastle United
Kieran Trippier menandatangani kontrak lanjutan di Newcastle United dan pertahanan kebangsaan England itu turut membandingkan The Magpies bimbingan Eddie Howe dengan bekas pasukannya, Atletico Madrid, kendalian Diego Simeone.

Piala FA: Gol Nathan Ake pastikan Manchester City singkir Arsenal
Nathan Ake muncul wira Manchester City untuk Pep Guardiola menewaskan bekas anak didiknya, Mikel Arteta, apabila mengalahkan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Bekas penjaring gol terbanyak Liga Colombia bakal perkuat Selangor FC?
Bekas penjaring gol terbanyak liga Colombia, Ayron del Valle, dikaitkan untuk menyertai Selangor FC dalam masa terdekat.