Shaiful Shamsudin
Wed Nov 16 2022

Cafu yakin Brazil mampu menamatkan penantian 20 tahun untuk menjulang Piala Dunia apabila melahirkan keyakinan terhadap sentuhan Neymar untuk memecah dominasi Eropah.
Bekas pertahanan itu menjulang Piala Dunia bersama Brazil pada 2002, satu kejayaan yang menandakan kemuncak kegemilangan sesebuah pasukan kebangsaan yang memenangi kejohanan tersebut pada 1994 dan tewas kepada Perancis dalam final, empat tahun kemudian.
Bagaimanapun, sejak itu Brazil gagal memenuhi jangkaan tinggi apabila terkandas di peringkat suku akhir dalam tiga daripada empat temasya yang lalu -- kecuali ketika mereka dibelasah 1-7 oleh Jerman dalam separuh akhir di laman sendiri pada 2014.
Brazil menuju ke Qatar dalam prestasi yang sangat baik dan walaupun belum tewas dalam 17 perlawanan peringkat kelayakan yang menyaksikan menang 14 kali, Cafu percaya ini adalah detik terbaik buat skuad Selecao kembali ke puncak dunia.
"Ia adalah peluang yang baik untuk memecah dominasi Eropah. Ia adalah detik yang sesuai untuk Brazil mematahkan sumpahan dan memenangi gelaran ini," katanya kepada AFP.
"Argentina dan Selecao adalah dua pasukan pilihan. Di sebelah pihak lagi, Brazil melalui musim yang sangat baik menerusi persembahan yang hebat, Argentina turut mempunyai pasukan yang sangat mantap. Kedua-dua negara ini mempunyai potensi besar untuk menjuarainya.
"Tetapi hakikatnya Brazil sudah tidak memenangi gelaran selama 20 tahun, ia sedikit sebanyak menjejaskan peminat dan menghilangkan sedikit kredibiliti pasukan kebangsaan. Tetapi tahun ini saya rasa Brazil sudah kembali.
"Dengan kecergasan Neymar, kami memiliki peluang yang sangat baik untuk meraih Piala Dunia memandangkan dia adalah seorang pemain yang mampu melakukan perubahan di atas padang. Kami meletakkan harapan ke atas bakatnya tetapi dia tidak akan bermain bersendirian.
"Dengan beraksi baik, bermotivasi, saya pasti dia akan melonjakkan motivasi rakan sepasukan dan membuatkan mereka rasa bahawa mereka penting agar mereka mampu mencipta kemenangan."

Zinedine Zidane calon paling sesuai bimbing Brazil -- Juninho
Zinedine Zidane melihat peluang untuk mengambil alih jawatan Didier Deschamps bagi melatih Perancis mungkin perlu ditangguhkan selepas pengendali kebangsaan itu memeterai perjanjian baru hingga Piala Dunia 2026.

Legenda Brazil Pele meninggal dunia
Pele, legenda hebat Brazil dan pemenang Piala Dunia tiga kali, telah meninggal dunia.

Pele meninggal dunia: Legasi legenda Brazil akan 'melangkaui generasi' -- Ronaldo
Legasi Pele akan 'melangkaui generasi' selepas kematian legenda hebat Brazil itu awal pagi tadi, menurut legenda Selecao, Ronaldo Nazario.

Pele meninggal dunia: Bolasepak hanyalah sukan sebelum lahirnya Pele -- Neymar
Neymar menabur pujian kepada Pele kerana mengubah 'bola sepak menjadi seni' dan mengubah wajah sukan itu selamanya selepas kematian legenda Brazil itu.

Pele meninggal dunia: Hospital Sao Paulo sahkan kegagalan beberapa organ punca kematian
Punca kematian Pele telah disahkan sebagai kegagalan beberapa organ akibat perkembangan kanser kolonnya.

Pele meninggal dunia: 'Edson hentikan peperangan dan sebarkan cinta'
Pele telah dipuji kerjanya di dalam dan di luar padang selepas kematiannya pada usia 82 tahun.

Brazil mahu rebut Jose Mourinho daripada Portugal
Saham Jose Mourinho kian melonjak di peringkat antarabangsa apabila skuad kebangsaan Brazil dilaporkan berminat untuk menyaingi Portugal dalam menandatangani ketua jurulatih itu.

Anak perempuan beri perkembangan Pele dengan gambar bergerak
Anak perempuan Pele memberikan perkembangan mengenai bapanya dengan satu kiriman gambar bergerak di media sosial.

EPL: Conte sahkan Richarlison perlu berehat empat minggu kerana cedera paha
Richarlison terpaksa berehat tiga hingga empat minggu kerana kecederaan paha yang dialaminya sewaktu Piala Dunia Qatar baru-baru ini, demikian disahkan pengurus Tottenham, Antonio Conte.

Tiba masa Brazil pandang ke luar
Di negara Brazil, ada satu pepatah berbunyi "Jika ingin mengelakkan konflik, jangan diperdebatkan tentang tiga perkara -- agama, politik dan bola sepak".