Perlawanan akhir Piala Dunia Qatar mempertemukan juara Amerika Selatan menentang juara bertahan dunia, Argentina bertemu Perancis bagi merebut gelaran terbaik dunia yang bakal berlangsung di Stadium Lusail.

Wang hadiah untuk pasukan yang mengambil bahagian di Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar adalah berjumlah ASD440 juta.

Kejohanan 2022 menampilkan 32 pasukan dari pelbagai negara di seluruh dunia. 13 negara dari Eropah, lima pasukan Afrika, empat negara Amerika Utara, empat negara dari Amerika Selatan dan enam negara dari Asia.

Pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan -- Qatar, Ecuador, Wales, Iran, Mexico, Arab Saudi, Denmark, Tunisia, Kanada, Belgium, Jerman, Costa Rica, Serbia, Cameroon, Ghana, Uruguay -- semuanya memperoleh ASD9 juta setiap satu pasukan.

Pasukan yang berjaya mara ke pusingan 16 -- Amerika Syarikat, Senegal, Australia, Poland, Sepanyol, Jepun, Switzerland, Korea Selatan -- semuanya memperoleh ASD13 juta.

Empat pasukan yang tersingkir di pusingan suku akhir -- England, Portugal, Belanda dan Brazil -- membawa pulang ASD17 juta (RM75 juta).

Maghribi yang menamatkan perlawanan ditempat keempat memperoleh ASD25 juta (RM110 juta) manakala Croatia memperoleh ASD27 juta (RM119 juta).

Finalis yang tewas malam ini membawa pulang ASD30 juta (RM132 juta) manakala pemenang perlawanan terbesar bola sepak bakal memperoleh ASD42 juta (RM185 juta) berserta status selaku juara dunia.

Sebelum 2006, pasukan yang memenangi Piala Dunia tidak pernah mengaut lebih daripada ASD10 juta, dengan juara 1982 Itali pergi dengan anggaran ASD2.2 juta atas usaha mereka.

Pada tahun 2002, terdapat dorongan besar daripada pasukan kebangsaan untuk FIFA meningkatkan hadiah wang yang ditawarkan. Berikut adalah hadiah wang yang dimenangi sejak 1982 sehingga 2022;



Bagi Lionel Messi, Kylian Mbappe dan 20 pemain lain yang turun padang di Stadium Lusail, bagaimanapun, wang bukanlah masalahnya.

Siapa yang akan mendapat hadiah bola sepak dunia yang paling diidamkan?