Shaiful Shamsudin
Fri Dec 09 2022

Tite mengulangi pendiriannya untuk mengundurkan diri daripada mengendalikan Brazil selepas terkandas dalam Piala Dunia dengan berkata: 'Kitaran ini sudah berakhir'.
Tite mengulangi perancangannya untuk mengosongkan jawatan itu sejak Februari lalu bahawa dia tidak akan kekal mengendalikan skuad Selecao selepas kempen Qatar 2022 berakhir.
Jaguh dari Amerika Selatan itu dikecewakan oleh Croatia, menerusi penentuan sepakan penalti 2-4 berikutan keputusan seri 1-1 selepas masa tambahan, sebentar tadi.
Neymar, bagaimanapun, memberikan Brazil gol pendahuluan menarik sebelum separuh masa masa tambahan tamat, tetapi rembatan Bruno Petkovic yang terkena kaki Marquinhos itu kembali mengimbangi permainan dalam tempoh 120 minit.
Rodrygo dan Marquinhos kemudian gagal menyempurnakan tugasan penentuan sepakan penalti, manakala Croatia menjaringkan keempat-empat gol mereka bagi memastikan anak buah Zlatko Dalic itu mara ke separuh akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.
Kekalahan itu adalah rentetan kelima mereka terkandas dalam dua edisi bimbingan Tite, dan jurulatih berusia 61 tahun berkenaan menjelaskan bahawa dia tiada hasrat untuk mengubah pendiriannya.
“Ia sememangnya amat sukar tetapi ketika ini adalah satu kebuntuan mengenai penghujung kitaran saya bersama skuad Brazil,” katanya kepada pemberita.
"Saya fikir kitaran ini sudah tamat dan saya telah mengatakannya lebih setengah tahun. Saya mahu menepati kata-kata saya; kami tidak sepatutnya membuat drama tentang hal ini.
"Saya berkata begitu kerana ketika itu ada calon profesional lain yang boleh menggantikan saya. Pada masa lalu (2018) kami tumpas dalam Piala Dunia jadi saya menginginkan memerlukan kitaran penuh.
"Sekarang saya telah memilikinya. Kitarannya sudah berakhir."

Zinedine Zidane calon paling sesuai bimbing Brazil -- Juninho
Zinedine Zidane melihat peluang untuk mengambil alih jawatan Didier Deschamps bagi melatih Perancis mungkin perlu ditangguhkan selepas pengendali kebangsaan itu memeterai perjanjian baru hingga Piala Dunia 2026.

Legenda Brazil Pele meninggal dunia
Pele, legenda hebat Brazil dan pemenang Piala Dunia tiga kali, telah meninggal dunia.

Pele meninggal dunia: Legasi legenda Brazil akan 'melangkaui generasi' -- Ronaldo
Legasi Pele akan 'melangkaui generasi' selepas kematian legenda hebat Brazil itu awal pagi tadi, menurut legenda Selecao, Ronaldo Nazario.

Pele meninggal dunia: Bolasepak hanyalah sukan sebelum lahirnya Pele -- Neymar
Neymar menabur pujian kepada Pele kerana mengubah 'bola sepak menjadi seni' dan mengubah wajah sukan itu selamanya selepas kematian legenda Brazil itu.

Pele meninggal dunia: Hospital Sao Paulo sahkan kegagalan beberapa organ punca kematian
Punca kematian Pele telah disahkan sebagai kegagalan beberapa organ akibat perkembangan kanser kolonnya.

Pele meninggal dunia: 'Edson hentikan peperangan dan sebarkan cinta'
Pele telah dipuji kerjanya di dalam dan di luar padang selepas kematiannya pada usia 82 tahun.

Brazil mahu rebut Jose Mourinho daripada Portugal
Saham Jose Mourinho kian melonjak di peringkat antarabangsa apabila skuad kebangsaan Brazil dilaporkan berminat untuk menyaingi Portugal dalam menandatangani ketua jurulatih itu.

Anak perempuan beri perkembangan Pele dengan gambar bergerak
Anak perempuan Pele memberikan perkembangan mengenai bapanya dengan satu kiriman gambar bergerak di media sosial.

EPL: Conte sahkan Richarlison perlu berehat empat minggu kerana cedera paha
Richarlison terpaksa berehat tiga hingga empat minggu kerana kecederaan paha yang dialaminya sewaktu Piala Dunia Qatar baru-baru ini, demikian disahkan pengurus Tottenham, Antonio Conte.

Tiba masa Brazil pandang ke luar
Di negara Brazil, ada satu pepatah berbunyi "Jika ingin mengelakkan konflik, jangan diperdebatkan tentang tiga perkara -- agama, politik dan bola sepak".