Shaiful Shamsudin
Tue Oct 18 2022

Karim Benzema perlu beraksi cemerlang untuk memacu Perancis dalam Piala Dunia Qatar bagi 'mengesahkan statusnya" sebagai pemenang Ballon d'Or, kata Michel Platini.
Benzema menamatkan musim 2021-22 dengan rekod terbaik kerjayanya menerusi 44 gol, selain 15 bantuan jaringan ketika membantu Real Madrid merangkul kejuaraan berganda, LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL).
Kempen menakjubkan pemain berusia 34 tahun itu sudah cukup untuk mengetepikan pemain seperti Robert Lewandowski dan Sadio Mane untuk memenangi trofi Ballon d'Or pertamanya selepas dicalonkan sebanyak 10 kali sebelum ini.
Begitupun, Platini -- yang memenangi anugerah Ballon d'Or selama tiga tahun berturut-turut di antara 1983 dan 1985 -- percaya kini terdapat lebih banyak tekanan ke atas Benzema untuk mengharungi Piala Dunia bulan depan.
"Dia mencapai kejayaan dengan Ballon d'Or," katanya kepada RMC Sport.
“Dia akan menggalas tanggungjawab besar sebagai pemain terbaik dunia dan Piala Dunia akan datang.
"Dia perlu berada di kemuncak prestasi untuk mengesahkan statusnya."
Benzema kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan dalam Euro 2020 selepas enam tahun tersisih apabila menjaringkan empat gol dalam empat penampilan ketika Perancis terkandas di peringkat 16.
Dia berharap dapat membantu Les Blues mempertahankan mahkota Piala Dunia, bermula dengan perlawanan pembukaan kumpulan menentang Australia pada 22 November, tetapi Platini percaya Benzema sedang menitit laluan sebagai ikon bola sepak Perancis.
"Benzema adalah legenda bola sepak Perancis," tambahnya.
"Memenangi Ballon d'Or membawa anda ke dalam barisan pemain bola sepak yang hebat."

Karim Benzema tidak bahagia di Al-Ittihad?
Khabar angin mengatakan bekas penggempur Real Madrid, Karim Benzema, tidak bahagia Arab Saudi dan sedang mencari jalan keluar dari Al-Ittihad.

Lambakan pemain bintang belum tentu dapat kembangkan Saudi Pro League untuk jangka panjang
John Barnes tidak yakin lambakan pemain bintang yang menyertai Saudi Pro League akan membantu perkembangan bola sepak Arab Saudi ke persada dunia untuk jangka panjang.

Faktor negara Islam gamit Karim Benzema sarung jersi Al-Ittihad
Karim Benzema mendedahkan penghijrahannya ke Arab Saudi dipengaruhi faktor ia negara Islam ketika diperkenalkan di hadapan 60,000 penyokong Al-Ittihad, pagi tadi.
.jpg?ext=.jpg)
Benzema: Real Madrid akan sentiasa dalam kenangan
Karim Benzema berikrar tidak akan melupakan Real Madrid.

Keputusan Benzema berhijrah kejutan besar buat Real Madrid -- Ancelotti
Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, mendakwa pilihan Karim Benzema untuk meninggalkan kelab itu selepas 14 tahun adalah keputusan 'mengejutkan' selepas ia dibuat pada hari terakhir musim LaLiga.

Benzema ambil keputusan bakal tinggalkan Real Madrid
Bintang Real Madrid, Karim Benzema akan meninggalkan kelab itu selepas 14 tahun.

Benzema: Saya gembira kekal Real Madrid
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, telah mengetepikan khabar angin yang mendakwa dia hampir bersetuju untuk berpindah ke Arab Saudi.

LaLiga: Gandingan Benzema-Vinicius-Rodrygo sama seperti zaman Ronaldo-Bale -- Ancelotti
Carlo Ancelotti menyamakan gandingan Karim Benzsema bersama Vinicius Junior dan Rodrygo dengan zaman sewaktu penyerang itu bergandingan bersama Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale satu ketika dulu.

LaLiga: Benzema, Camavinga terlepas kunjungan Real Madrid ke Girona
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, mengesahkan Karim Benzema dan Eduardo Camavinga akan terlepas kunjungan ke laman Girona bagi perlawanan LaLiga awal pagi esok.

UCL: Real Madrid selangkah ke separuh akhir atasi 10 pemain Chelsea
Real Madrid selangkah untuk layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan Chelsea, yang terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain, 2-0 dalam perlawanan suku akhir pertama di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.