Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menyifatkan Ben White sebagai pemain serba boleh yang mampu memberi keuntungan kepada England yang akan mengharungi kempen Piala Dunia Qatar, bulan depan.
Arteta mengingatkan perkara itu selepas nama pertahanan tersebut tercicir dalam senarai 28 pemain ketika skuad kebangsaannya berdepan Itali dan Jerman dalam Liga Negara-Negara UEFA (UNL) bulan lalu.
“Ben akan sangat selesa bermain di sebelah kanan tiga pertahanan termasuk di tengah mahupun sebagai bek sayap.
“Jika anda bertanya kepada saya adakah dia bersedia untuk menyertai skuad England, maka jawapannya adalah ya kerana dia seorang pemain yang sangat beryakinan, dia menawarkan segala-galanya kepada anda, dia sentiasa bersedia dan mempunyai keberanian untuk bermain di bawah tekanan sebenar," kata Arteta menjelang pertemuan dengan Liverpool malam ini.
Peluang tonggak Manchester City, Kyle Walker, yang memiliki kebolehan miripnya pula masih samar-samar untuk dipertaruhkan ke Piala Dunia berikutan kecederaan pangkal pahanya memerlukan pembedahan.
Justeru, Arteta sekali lagi menjelaskan kelebihan yang mampu dijelmakan White dalam usaha menambat hati pengurus England, Gareth Southgate.
“Kami sangat gembira dengan kedudukannya dan jelas sekali menerusi corak permainan William (Saliba), adalah masuk akal untuk Ben beraksi di posisi itu tetapi ia tidak bermakna dia tidak mampu diletakkan sebagai pertahanan tengah,” tambah Arteta.
“Kami semua percaya dia mempunyai kualiti untuk melakukan peranan itu (bek kanan) dan mungkin langkah paling penting adalah kepercayaan untuk melakukannya.
"Dia perlu berasa selesa di posisi itu dan situasi ini mampu memaksimumkan potensinya serta memberinya dimensi lain sebagai pemain.
“Hakikat bahawa sekarang dia boleh bermain di pelbagai posisi, saya fikir menjadikannya pemain yang lebih lengkap dan saya fikir dia sangat gembiranya.”
Shaiful Shamsudin
Sun Oct 09 2022


EPL: Caicedo mahu tinggalkan Brighton selepas dipikat Arsenal
Moises Caicedo telah memaklumkan kepada Brighton and Hove Albion mengenai hasratnya untuk meninggalkan pasukan itu selepas Arsenal dilaporkan melancarkan bidaan sebesar £60 juta (RM315.27 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Ecuador berkenaan.

Piala FA: Gol Nathan Ake pastikan Manchester City singkir Arsenal
Nathan Ake muncul wira Manchester City untuk Pep Guardiola menewaskan bekas anak didiknya, Mikel Arteta, apabila mengalahkan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Pada Zinchenko, The Gunners bina kekuatan
Persembahan Arsenal musim ini menggamit memori kepada skuad 'The Invincibles’ (Kebal Tanpa Kalah)' pada musim 2003-2004, sehinggakan Manchester City yang mendominasi liga buat sekian lama turut sama terkesan.

Jakub Kiwior perkukuh benteng The Gunners
Arsenal mengukuhkan lagi skuad mereka dalam misi merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menandatangani pertahanan tengah, Jakub Kiwior, daripada kelab Serie A, Spezia.

Semangat The Red Devils direntap di Emirates
Keinginan untuk meneruskan momentum kemenangan bagi memastikan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini tidak terancam telah membuatkan Arsenal bangkit daripada ketinggalan.

Zinchenko tuntut tonggak Arsenal berani pasang impian besar
Oleksandr Zinchenko mendedahkan dia pernah ditertawakan oleh rakan sepasukan Arsenal apabila mengatakan kelab itu mampu mencabar mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arteta: Eddie Nketiah miliki semangat sejati Arsenal
Mikel Arteta tidak menyangka Eddie Nketiah mampu beraksi di tahap memukau buat Arsenal pada musim ini sambil melabelnya sebagai seorang pemain yang memiliki "hati dan semangat Arsenal yang sejati".

Manchester United belum capai mentaliti juara, kata Ten Hag
Erik ten Hag menyifatkan kekalahan Manchester United kepada Arsenal sebagai bukti bahawa mereka harus mengubah mentaliti demi bersaing di peringkat elit.

EPL: Arteta mahu Arsenal nikmati aspek fizikal menjelang aksi lawan Manchester United
Mikel Arteta berkata Arsenal perlu menikmati aspek fizikal mereka menjelang pertemuan dengan seteru lama, Manchester United, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok, di mana The Gunners mahu mengekalkan kelebihan mereka di tangga teratas.

EPL: Arsenal tandatangani Trossard dari Brighton
Arsenal melengkapkan perpindahan Leandro Trossard daripada Brighton and Hove Albion dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £27 juta (RM143.35 juta).