Shaiful Shamsudin
Wed Dec 14 2022

Belgium merancang melantik calon yang pernah memenangi gelaran sambil mengalu-alukan permohonan untuk menggantikan Roberto Martinez sebagai ketua jurulatih selepas tersingkir awal dalam Piala Dunia 2022.
Martinez mengetuai Belgium ke separuh akhir edisi lalu apabila meraih tempat ketiga di Russia, empat tahun lalu, tetapi prestasi The Red Devils sama sekali tenggelam di Qatar.
Kekalahan mengejut 0-2 kepada Maghribi dan seri tanpa jaringan dengan Croatia menyaksikan Belgium gagal melepasi ranjau pertama dan mengundang Martinez angkat kaki.
Selepas gagal mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998, Belgium -- yang mengisi kedudukan kedua ranking dunia FIFA -- sedang memburu seorang jurulatih yang pengalaman menguruskan barisan pemain terbaik".
Mengumumkan permulaan proses pelantikan itu, Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium (RBFA) berkata: "Sekalipun tersingkir awal dalam Piala Dunia di Qatar, RBFA tetap bercita-cita tinggi untuk masa depan.
"RBFA sedang mencari jurulatih pasukan kebangsaan sepenuh masa yang tahu cara untuk menang. Jurulatih pasukan kebangsaan baharu sangat bercita-cita tinggi dan mempunyai pengalaman antarabangsa yang diperlukan di peringkat teratas, pengetahuan taktikal bola sepak serta kemahiran peribadi yang tepat.
"Calon itu perlu tahu cara dalam mewujudkan hubungan rapat dalam kalangan pasukan dan berkemahiran berintegrasi dengan pemain muda."
RBFA juga sedang mendapatkan pengarah sukan bola sepak elit bagi menggalas tanggungjawab menerajui visi bola sepak persatuan itu, dengan permohonan di dalam talian buat kedua-dua peranan tersebut dialu-alukan sehingga 10 Januari depan.
Belgium diundi di samping Austria, Sweden, Azerbaijan dan Estonia dalam proses kelayakan ke Euro 2024 yang bermula pada Mac 2023.

Piala Dunia Qatar: Belgium sasar jurulatih pernah menang trofi
Belgium merancang melantik calon yang pernah memenangi gelaran sambil mengalu-alukan permohonan untuk menggantikan Roberto Martinez sebagai ketua jurulatih selepas tersingkir awal dalam Piala Dunia 2022.

Piala Dunia Qatar: Kami bukan 'generasi emas' Belgium, kata Courtois
Thibaut Courtois berkata jumlah barisan pemain Belgium tidak boleh dianggap sebagai 'generasi emas' negara selepas kempen Piala Dunia yang mengecewakan di Qatar.

Piala Dunia Qatar: Martinez kesal lambat panas punca Belgium pulang awal
Ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez, mengumumkan peletakkan jawatannya sambil berkongsi kekecewaannya berikutan The Red Devils terkandas awal dalam Piala Dunia.

Piala Dunia Qatar: Maghribi juara Kumpulan F, Belgium tersingkir
Maghribi mencipta kejutan apabila layak ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar 2022 selaku juara Kumpulan F selepas menewaskan Kanada 2-1 di Stadium Al Thumama sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Courtois nafi skuad Belgium berdepan pergolakan
Thibaut Courtois menegaskan 'terlalu banyak pembohongan disebarkan' ketika penjaga gol Belgium itu menolak laporan mengenai keretakan dalam kem pasukan The Red Devils.

Piala Dunia Qatar: Bahagian serangan Belgium sudah terlalu tua -- Vertonghen
Jan Vertonghen 'menyerang' rakan sepasukan, Kevin De Bruyne dan Eden Hazard, berikutan kekalahan mengejut Belgium kepada Maghribi, malam tadi.

Piala Dunia Qatar: Belgium dibelenggu beban minda -- Martinez
Ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez, mengakui pasukannya "kurang menikmati" permainan mereka selepas tunduk 0-2 kepada Maghribi, malam tadi.

Piala Dunia Qatar: Benam Belgium warnai malam penuh indah buat Maghribi
Skuad Maghribi mencipta salah satu kejutan dalam saingan Piala Dunia Qatar apabila menewaskan salah satu pasukan pilihan, Belgium 2-1 dalam aksi peringkat Kumpulan F di Stadium Al-Thumama sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Bola sepak agenda sebenar pemain, bukan isu Onelove -- pesan Eden Hazard
Eden Hazard berpesan kepada pemain Jerman supaya kekal dengan agenda bola sepak dan bukannya membuat bantahan selepas anak buah Hansi Flick itu tumbang mengejut 1-2 kepada Jepun ketika membuka kempen Piala Dunia Qatar 2022, semalam.

Piala Dunia Qatar: Belgium belum sedia jadikan Romelu Lukaku taruhan utama
Romelu Lukaku tidak mungkin dipertaruhkan dalam barisan utama sempena perlawanan kedua Piala Dunia di Qatar bertemu Maghribi walaupun dia mula menjalani latihan bersama pasukan, menurut ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez.