Sehingga kini, pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels, tidak bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman menyaksikan Hansi Flick mengambil alih tugas Joachim Low selepas Kejohanan Eropah pada musim panas 2021.
Penampilan terakhirnya untuk Die Mannschaft ialah ketika Jerman tewas 2-0 kepada England di Stadium Wembley pada pusingan 16.
Dia tidak pernah dipanggil menyertai skuad Flick untuk mana-mana daripada 15 perlawanan mereka sejak Euro, yang terdiri daripada kelayakan Piala Dunia, perlawanan persahabatan antarabangsa dan perlawanan Liga Negara-Negara UEFA walaupun menjadi pemain utama untuk Dortmund.
Untuk bersikap adil kepada Flick, dia masih mempunyai beberapa bek tengah untuk dipilih antara Niklas Suler, Nico Schlotterbeck, Antonio Rudiger, Matthias Ginter, Lukas Klostermann, dan Johnathan Tah.
Sudah tentu dia masih mempunyai beberapa minggu untuk memuktamadkan senarainya untuk Piala Dunia musim sejuk di Qatar dan bekas pemain tengah Bayern Munich dan Jerman, Michael Ballack baru-baru ini mempertaruhkan tuntutannya agar Flick mempertimbangkan kehadiran Hummels.
“Saya fikir dia [Hummels] tergolong dalam pasukan daripada segi prestasi, berdasarkan persembahan semasa. Tetapi jurulatih perlu memutuskan samada mahu atau tidak menyenaraikannya,” kata Ballack.
Bagi Ballack, jika Flick mahu memanggil Hummels ke skuad Piala Dunia Jerman, perlu ada garis panduan yang jelas tentang apa sebenarnya peranannya dalam pasukan.
“Peranan juga mesti diberikan dengan jelas buat Hummels. Adakah dia seorang pemain yang menerima diturunkan dari bangku simpanan? Adakah dia dibawa untuk mengambil peranan membimbing pemain-pemain muda? Itulah persoalannya,” jelas Ballack mengenai potensi penglibatan Hummels dengan Jerman di Piala Dunia.
Ammar Hakim
Fri Oct 07 2022


Klopp gesa Bellingham dilindungi selepas aksi luar biasa dalam Piala Dunia
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap Jude Bellingham tidak akan mengalami tekanan yang terlalu besar selepas mempamerkan aksi luar biasa ketika mewakili England dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Bundesliga: Moukoko terkejut didakwa enggan kekal di Dortmund
Youssoufa Moukoko terkejut apabila terdapat laporan mendakwa bahawa dia enggan menandatangani kontrak baru bersama Borussia Dortmund selepas mencuri perhatian beberapa kelab elit Eropah.

Aksi Arif Aiman dapat pujian Edin Terzic
Aksi lincah yang dipamerkan penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam mendapat pujian ketua jurulatih Borussia Dortmund, Edin Terzic.

JDT akur kehebatan Borussia Dortmund
Juara empat piala semusim, Johor Darul Ta'zim (JDT), akur dengan kehebatan kelab Bundesliga, Borussia Dortmund, apabila tewas 1-4 dalam aksi persahabatan di Iskandar Puteri sebentar tadi.

Borussia Dortmund-JDT bakal berentap hujung bulan ini
Peminat berpeluang untuk melihat sendiri kelab hebat dari Bundesliga beraksi apabila Borussia Dortmund akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail, Johor Bahru, menentang juara Liga Super sembilan kali, Johor Darul Ta'zim (JDT), dua hari selepas final Piala Malaysia.

Guardiola puji kredibiliti dimiliki Bellingham
Pep Guardiola memuji 'mentaliti istimewa' Jude Bellingham ketika Manchester City bersiap sedia untuk menghadapi pemain Borussia Dortmund itu dalam pertemuan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Haaland mampu jadi pemain pertama bernilai GBP1 bilion
Erling Haaland boleh menjadi pemain pertama dalam bola sepak dunia yang membuat perpindahan bernilai GBP1 bilion, menurut ejennya, Rafaela Pimenta.

Piala Dunia Qatar: Neuer dijangka cergas wakili Jerman, kata Nagelsmann
Manuel Neuer dijangka cergas untuk mewakili Jerman di Piala Dunia tetapi berkemungkinan terlepas kunjungan Bayern Munich ke Barcelona minggu depan, menurut Julian Nagelsmann.

Piala Dunia Qatar: Ballack cadang Hummels sertai skuad Jerman
Sehingga kini, pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels, tidak bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman menyaksikan Hansi Flick mengambil alih tugas Joachim Low selepas Kejohanan Eropah pada musim panas 2021.

Harungi permulaan buruk, Sevilla pecat Lopetegui
Kelab LaLiga yang sedang bergelut, Sevilla telah memecat jurulatih, Julen Lopetegui, selepas mereka dibelasah 4-1 di tempat sendiri oleh Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara.