Shaiful Shamsudin
Sun Dec 11 2022

Aurelien Tchouameni memberi amaran "sekumpulan pemain hebat sedang dibentuk" selepas Perancis mengetepikan England 2-1 untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia.
Les Bleus merupakan juara bertahan pertama yang layak sejauh itu sejak Brazil mencapainya pada 1998 yang menyaksikan gol Olivier Giroud menjadi pemisah kepada pertembungan sengit berkenaan menuju baki 12 minit permainan selepas sepakan penalti Harry Kane membatalkan rembatan 25 ela Tchouameni di Stadium Al Bayt, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, pasukan kendalian Didier Deschamps itu sempat cemas selepas England dihadiahkan sepakan penalti kedua ketika enam minit menghampiri masa kecederaan, mujur sepakan Kane tersebut melewati gawang yang dikawal Hugo Lloris.
Tchouameni memberitahu beIN SPORTS: "Kami makin mantap. Sebuah kumpulan sedang dibentuk, kami berasa bagus, kami perlu meneruskannya.
"Kami menderita -- ini adalah Piala Dunia, kami bertemu pasukan England yang sangat bagus. Kami memenanginya, kami gembira."
Sementara itu, Adrien Rabiot memuji sikap bersatu hati dalam kalangan pemain Perancis yang akan menghadapi Maghribi, awal pagi Khamis ini.
“Saya berasa bangga dengan pasukan ini, kumpulan ini,” kata pemain tengah itu.
"Wujud kegembiraan. Kami pernah menderita, kami telah membuktikan bahawa kami mampu bersatu dan dalam perpaduan.
"Kami telah diberi amaran dan bersedia, kami sedar England akan komited. Kami bertindak balas dengan senjata kami. Ia adalah detik yang luar biasa. Ia adalah detik perpaduan kami sebagaimana ia memacu kami sejak awal lagi.
"Orang mula memberi sokongan dan mempercayai kami. Kami berasakan ada sesuatu yang perlu dilakukan. Walaupun kami dalam kesusahan, tiada apa yang boleh menggugat kami."

Jepun panjangkan kontrak Moriyasu hingga Piala Dunia 2026
Ketua jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu, melanjutkan kontraknya bersama pasukan kebangsaan itu selepas prestasi memberangsangkan dalam Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini.

Benzema: Akhir sebuah impian
Kemaraan Perancis ke perlawanan akhir Piala Dunia, 18 Disember lalu, hadir di sebalik krisis kecederaan yang melanda beberapa pemain penting, antaranya Paul Pogba, N'Golo Kante dan Christopher Nkunku.

Klopp gesa Bellingham dilindungi selepas aksi luar biasa dalam Piala Dunia
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berharap Jude Bellingham tidak akan mengalami tekanan yang terlalu besar selepas mempamerkan aksi luar biasa ketika mewakili England dalam Piala Dunia Qatar 2022.

Mustahil 12 bintang Piala Dunia Tottenham dapat cukup rehat, kata Conte
12 pemain Tottenham yang beraksi dalam Piala Dunia Qatar 2022 tidak akan dapat waktu rehat yang cukup, demikian kekecewaan yang diluahkan Antonio Conte.

Di Maria raikan kejayaan Argentina dengan tatu Piala Dunia gergasi di kaki
Angel Di Maria memperingati kejayaan Argentina dalam Piala Dunia Qatar dengan mencacah tatu trofi berkenaan di kakinya.

EPL: Conte sahkan Richarlison perlu berehat empat minggu kerana cedera paha
Richarlison terpaksa berehat tiga hingga empat minggu kerana kecederaan paha yang dialaminya sewaktu Piala Dunia Qatar baru-baru ini, demikian disahkan pengurus Tottenham, Antonio Conte.

Emery tunggu Emi Martinez di Aston Villa selepas keraian melampau sindir Mbappe
Unai Emery akan memberikan nasihat kepada Emiliano Martinez berkenaan keraian kontroversi pemain itu ketika Argentina memenangi Piala Dunia Qatar baru-baru ini sebaik penjaga gol berkenaan kembali ke pangkuan Aston Villa.

EPL: Ten Hag beri amaran Martinez perlu kembali fokus selepas menang Piala Dunia
Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez, perlu bersedia memberikan impak dengan kepulangannya ke kelab berkenaan selepas memenangi Piala Dunia bersama Argentina, tegas pengurus pasukan itu, Erik ten Hag.

Allegri harap kejayaan Piala Dunia lonjak semangat Di Maria
Angel Di Maria telah dihembus semangat baru dengan kejayaan Piala Dunia bersama Argentina, yang dilihat oleh Massimiliano Allegri sebagai berita baik untuk Juventus.

Salt Bae kini di bawah siasatan FIFA
FIFA sedang menyiasat bagaimana cef selebriti, Salt Bae, mendapat akses ke perayaan di padang bersama Argentina selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar.