Shaiful Shamsudin
Mon Nov 14 2022

Jordi Alba menyifatkan Luis Enrique sebagai jurulatih terbaik di dunia ketika Sepanyol menyasarkan kejayaan Piala Dunia Qatar.
Alba pernah bekerjasama dengan Luis Enrique di Barcelona di antara 2014 dan 2017 sebelum menggalas peranan sebagai ketua jurulatih La Roja.
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Barca itu pada mulanya meninggalkan peranan berkenaan pada 2019 atas sebab keluarga sebelum kembali pada tahun yang sama, seterusnya membimbing Sepanyol ke separuh akhir Euro 2020.
Penamat di tempat kedua dalam Liga Negara-Negara UEFA (UNL) 2020-21 menambahkan lagi kejayaan yang pernah dinikmati Luis Enrique, lantas Alba berasa dia adalah orang yang tepat untuk memimpin Sepanyol dalam kempen di Timur Tengah yang bermula Isnin depan.
"Saya sudah mengenalinya sejak di Barcelona. Dia seorang yang berterus terang, sangat mempercayai pemain," kata bek kiri Barca itu kepada Mundo Deportivo.
“Bagi saya, saya selalu katakan bahawa dia adalah jurulatih terbaik di dunia. Bukan sahaja di atas padang, malah dalam aspek kemanusiaan.
"Dia sangat rapat dan membantu semua rakan sepasukannya. Ia penting buat semua pemain dan bagi saya. Dia mempunyai banyak personaliti. Dia mampu menanam ideanya dan semua pemain akan menuju ke arah yang sama.
"Ia adalah sesuatu yang sangat sukar dan dia telah mencapainya dalam semua pasukan yang dikendalikannya.
"Kami semua mengikut segala arahannya. Pada masa itu dia adalah yang terbaik."

Piala Dunia Qatar: Sergio Busquets umum persaraan di pentas antarabangsa
Pencipta penampilan ketiga tertinggi Sepanyol, Sergio Busquets, telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa.

Piala Dunia Qatar: Luis de la Fuente individu paling tepat latih Sepanyol
Luis de la Fuente yakin tiada jurulatih yang lebih baik untuk mengendalikan Sepanyol selain dirinya apabila bercakap buat kali pertama sejak diumumkan sebagai pengganti Luis Enrique.

Piala Dunia Qatar: Sepanyol segera mulakan penstrukturan semula pasukan
Sepanyol terus mengubah barisan kejurulatihannya dengan yang terbaru, Albert Luque dupilih sebagai pengganti Jose Molina selaku pengarah sukan.

Piala Dunia Qatar: Luis Enrique mohon maaf kepada penyokong Sepanyol selepas tinggalkan pasukan
Luis Enrique memohon maaf kepada penyokong Sepanyol selepas tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022, yang turut menyaksikan dia kehilangan jawatannya.

Piala Dunia Qatar: Sepanyol tidak lanjut kontrak Luis Enrique
Luis Enrique meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Sepanyol berikutan kekalahan mengejut pasukannya dalam pusingan 16 Piala Dunia kepada Maghribi, demikian menurut Persekutuan Bola Sepak Diraja (RFEF).

Piala Dunia Qatar: Sepanyol perlu sesuaikan diri selepas kekalahan mengejutkan
Michel Salgado percaya pasukan muda Sepanyol bimbingan Luis Enrique perlu menyesuaikan diri selepas tersingkir secara mengejut daripada Piala Dunia Qatar 2022.

Piala Dunia Qatar: Regragui akui pelan Maghribi benarkan Sepanyol kawal permainan
Jurulatih Maghribi, Walid Regragui, berkata rancangannya adalah untuk membiarkan Sepanyol menguasai bola selepas pasukannya menang penentuan penalti yang penuh dramatik dalam perlawanan pusingan 16 Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Maghribi singkir Sepanyol dalam penentuan penalti
Maghribi meneruskan sensasi dalam Piala Dunia Qatar 2020 apabila menyingkirkan Sepanyol menerusi kemenangan 3-0 dalam penentuan sepakan penalti aksi pusingan 16 di Stadium Education City sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Maghribi perlu tampil aksi terbaik jika mahu atasi Sepanyol -- Bounou
Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, berkata Sepanyol akan memaksa pasukannya untuk meningkatkan tahap mereka selepas mereka mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia buat kali kedua.

Piala Dunia Qatar: Kalau tahu saya mungkin sudah kena serangan jantung, kata Luis Enrique
Luis Enrique boleh mendapat serangan jantung sekiranya dia tahu Sepanyol akan tersingkir daripada Piala Dunia di Qatar dalam pertembungan dramatik hujung perlawanan Kumpulan E, awal pagi tadi.