Shaiful Shamsudin
Tue Nov 01 2022

Paul Pogba akan terlepas kempen Piala Dunia Perancis, menurut ejen pemain tengah Juventus itu.
Pemain berusia 29 tahun itu, yang merupakan tonggak kejayaan skuad kendalian Didier Deschamps dalam kempen Russia 2018 pada awalnya dijangka akan memperkuatkan Les Bleus sekiranya cergas.
Tetapi sejak kembali ke Turin daripada Manchester United musim panas lalu, Pogba bergelut dengan kecederaan lutut dan pembedahan yang tertangguh menyebabkan situasinya tersepit.
Kini, ejen pemain itu, Rafaela Pimenta, berkata pemain tengah tersebut tidak akan kembali sama ada tugas domestik bersama Juventus mahupun berada di dalam pesawat menuju ke Qatar bersama Perancis.
“Selepas semakan perubatan di Torino dan Pittsburgh semalam dan hari ini, adalah amat memedihkan untuk mengatakan bahawa Paul Pogba masih memerlukan tempoh pemulihan berikutan pembedahannya,” kata Pimenta kepada Telefoot.
"Atas sebab ini, Paul tidak akan dapat menyertai skuad Juventus sebelum rehat Piala Dunia mahupun pasukan kebangsaan Perancis di Qatar. Jika angan-angannya mampu mengubah keadaan, maka Paul akan bermain esok.
“Tetapi apa yang mengubah sesuatu itu ialah kerja keras, ketabahan dan disiplin, itulah yang bermain di dalam fikiran Paul dalam tempoh yang mencabar ini.
"Paul akan terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik untuk kembali ke padang demi peminat dan pasukannya secepat mungkin."
Perancis akan memulakan kempen mempertahankan mahkota berprestij itu menentang Australia pada 23 November sebelum berdepan Denmark dan Tunisia dalam dua lagi perlawanan Kumpulan D.

Potong 15 mata tidak jejas misi Allegri, Di Maria di Juventus
Massimiliano Allegri dan Angel Di Maria menegaskan pemotongan 15 mata Serie A yang dikenakan ke atas Juventus tidak menjejaskan tumpuan masa depan mereka.

Serie A: Juventus ditolak 15 mata, Paratici digantung 30 bulan
Pasukan gergasi Serie A, Juventus, ditolak 15 mata selepas siasatan mengenai urusan perpindahan terdahulu kelab itu.

Coppa Italia: Juventus tiada masalah atasi Monza
Juventus mara ke suku akhir Coppa Italia selepas menewaskan Monza 2-0 di Stadium Allianz awal pagi tadi.

Serie A: Juventus catat kemenangan ketujuh tanpa dibolosi
Massimiliano Allegri mengakui Juventus masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan walaupun memperoleh kemenangan Serie A ketujuh berturut-turut.

Paul Pogba tawar Juventus perkembangan positif
Massimiliano Allegri mengesahkan Paul Pogba makin pulih daripada kecederaan lutut dan berpeluang membuat penampilan pertama bersama Juventus, hujung bulan ini.

Ejen Mac Allister beri bayangan minat dari Juventus
Bapa Alexis Mac Allister dan wakil, Carlos telah melabelkan Juventus sebagai 'salah satu kelab paling berprestij di dunia' di tengah-tengah spekulasi yang semakin meningkat mengenai masa depan pemain tengah itu.

Bekas juara dunia bersama Perancis, Matuidi, bersara pada usia 35 tahun
Bekas pemenang Piala Dunia dan pemain kebangsaan Perancis, Blaise Matuidi, mengumumkan persaraannya pada usia 35 tahun.

Allegri harap kejayaan Piala Dunia lonjak semangat Di Maria
Angel Di Maria telah dihembus semangat baru dengan kejayaan Piala Dunia bersama Argentina, yang dilihat oleh Massimiliano Allegri sebagai berita baik untuk Juventus.

Allegri tidak pasti bila Pogba akan kembali beraksi bersama Juventus
Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, mengakui dia tidak pasti bila Paul Pogba akan kembali pulih daripada kecederaan.

Barisan Ahli Lembaga Pengarah Juventus letak jawatan serta-merta
Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli, dan keseluruhan ahli lembaga pengarah kelab meletakkan jawatan secara mengejut, awal pagi tadi.