Penyerang Chelsea, Christian Pulisic, dan pemain tengah Juventus, Weston McKennie, tersenarai selaku 26 pemain Amerika Syarikat (AS) bagi siri perlawanan persahabatan terakhir menjelang Piala Dunia Qatar, November depan.
AS akan berdepan Jepun di Dusseldorf, Jerman pada 23 September ini sebelum ke Murcia, Sepanyol bagi menghadapi Arab Saudi empat hari kemudian.
Ketua jurulatih, Greg Berhalter, akan menyambut barisan pemainnya dalam satu kem latihan di Cologne, Jerman hujung minggu ini.
Bagi saingan di Qatar itu, AS diletakkan dalam Kumpulan B bersama England, Wales dan Iran.
Senarai pemain AS:
Ethan Horvath (Luton Town), Sean Johnson (New York City FC), Matt Turner (Arsenal), Reggie Cannon (Boavista), Cameron Carter-Vickers (Celtic), Sergino Dest (AC Milan), Aaron Long (New York Red Bulls), Chris Richards (Crystal Palace), Joe Scally (Borussia Moenchengladbach), Sam Vines (Royal Antwerp), DeAndre Yedlin (Inter Miami), Walker Zimmerman (Nashville), Kellyn Acosta (LAFC), Tyler Adams (Leeds United), Luca de la Torre (Celta Vigo), Weston McKennie (Juventus), Yunus Musah (Valencia), Malik Tillman (Rangers), Brenden Aaronson (Leeds United), Paul Arriola (FC Dallas), Jesus Ferreira (FC Dallas), Jordan Morris (Seattle Sounders), Ricardo Pepi (Groningen), Christian Pulisic (Chelsea), Gio Reyna (Borussia Dortmund), Josh Sargent (Norwich City)
Muzaffar Musa
Thu Sep 15 2022


Liga Super: Usia bukan penghalang Del Valle pacu gemilang Selangor FC
Penyerang baru Selangor FC, Ayron Del Valle, berkata faktor usia bukan penghalang untuk dia memacu kejayaan buat pasukan Merah Kuning itu musim ini.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Selangor FC akan berkampung di Bangkok selama lima hari dalam misi menguji dua kelab Thailand bulan depan.

Liga Super: Cabaran baru beraksi petang
Perubahan kalendar Liga Malaysia (Liga-M) musim ini termasuk beraksi pada sebelah petang akan menjadi cabaran baru buat pasukan dan pemain untuk meningkatkan kualiti permainan ke tahap tertinggi.

LaLiga: Xavi gembira Marcos Alonso pilih kekal di Barcelona
Xavi yakin Marcos Alonso akan memainkan peranan besar dalam usaha Barcelona untuk memenangi lebih banyak trofi selepas pemain itu menandatangani kontrak baru semalam.

EPL: Caicedo mahu tinggalkan Brighton selepas dipikat Arsenal
Moises Caicedo telah memaklumkan kepada Brighton and Hove Albion mengenai hasratnya untuk meninggalkan pasukan itu selepas Arsenal dilaporkan melancarkan bidaan sebesar £60 juta (RM315.27 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Ecuador berkenaan.

EPL: Klopp janji trofi sedang menanti Liverpool selepas waktu sukar
Jurgen Klopp melihat faktor masa menjadi musuh utama Liverpool dalam usahanya untuk membina empayar di Anfield sambil berjanji trofi dan kejayaan akan menanti pasukan itu di hujung terowong.

FIFA hukum Cavani, Godin, FA Uruguay gara-gara kelakuan pemain dalam Piala Dunia
Edinson Cavani dan Diego Godin antara empat pemain yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara kelakuan mereka sewaktu Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia Qatar bulan lalu.

EPL: Kieran Trippier gembira lanjut kontrak di Newcastle United
Kieran Trippier menandatangani kontrak lanjutan di Newcastle United dan pertahanan kebangsaan England itu turut membandingkan The Magpies bimbingan Eddie Howe dengan bekas pasukannya, Atletico Madrid, kendalian Diego Simeone.

Piala FA: Gol Nathan Ake pastikan Manchester City singkir Arsenal
Nathan Ake muncul wira Manchester City untuk Pep Guardiola menewaskan bekas anak didiknya, Mikel Arteta, apabila mengalahkan Arsenal 1-0 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Bekas penjaring gol terbanyak Liga Colombia bakal perkuat Selangor FC?
Bekas penjaring gol terbanyak liga Colombia, Ayron del Valle, dikaitkan untuk menyertai Selangor FC dalam masa terdekat.