Pestabola Merdeka sememangnya cukup dikenali dan pernah menggamit banyak pasukan ternama dunia, termasuk beberapa gergasi Asia untuk menyertai kejohanan berkenaan.
Ia menjadi antara kejohanan bola sepak tertua di Asia sejak mula diperkenalkan pada 31 Ogos 1957 dan dilancarkan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.
Kejohanan itu tidak pernah gagal diadakan sehingga 1988 dengan menyaksikan Malaysia beraksi menentang pasukan terbaik pada ketika itu seperti Korea Selatan, Jepun dan pasukan jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
Namun, selepas 1988, kejohanan itu seolah-olah dipinggirkan apabila ia tidak dianjurkan seperti biasa selain banyak pasukan tidak berminat untuk menyertainya.
Kali terakhir ia diadakan adalah pada 2013 dengan kejohanan tersebut umpama turun darjat dengan menampilkan pasukan B-23 negara dalam tiga edisi terakhir.
Selepas sedekad 'terkubur', Pestabola Merdeka kembali dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu memastikan prestij kejohanan itu dirasai semula oleh peminat bola sepak negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed, berkata badan induk bola sepak negara itu akan melangkah setapak demi setapak untuk mengembalikan kegemilangan Pestabola Merdeka.
Menurutnya, ranking pasukan negara yang semakin meningkat juga akan menjadi antara faktor untuk menjemput pasukan berkualiti menyertai kejohanan itu.
“Sebenarnya tugas agak sukar nak kembalikan macam dulu sebab kita terikat dengan kalendar FIFA yang mempunyai jumlah perlawanan terhad dan menyukarkan kita untuk membawa pasukan.
“Lagipun, kalau nak kekalkan prestij Pestabola Merdeka ini, kita kena bawa pasukan senior untuk bermain. Mungkin pada masa akan datang kita akan cari yang lebih baik dalam ranking.
“Kali ini kita ambil pasukan di ranking 80 hingga 90 dunia. Mungkin selepas ini, apabila ranking kita di kedudukan 110 atau 100 dunia, kita boleh cari pasukan di ranking yang lebih bagus,” katanya.
Bagi Pestabola Merdeka 2023 yang memasuki edisi ke-42, FAM menjemput Palestin, yang berada di ranking ke-96 dunia, India (99) dan Tajikistan (110) dunia.
Mohd Firdaus, yang juga Naib Presiden FAM, berkata Pestabola Merdeka kali ini akan menggunakan format kalah mati, namun tetap menjanjikan saingan yang sengit daripada semua pasukan.
“Walaupun tempoh agak singkat, kami yakin ia akan tetap meriah dengan penganjuran pelbagai aktiviti lain untuk penyokong.
“Kita juga dapat pasukan yang agak kuat dan saya yakin ia juga akan tetap menghiburkan dan menjadi perlawanan penting kepada pasukan negara menjelang aksi kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia selain pusingan akhir Piala Asia Januari tahun depan,” tambahnya.
Harimau Malaya dijadualkan menentang India dan Palestin pula akan menentang Tajikistan pada 13 Oktober depan dan aksi penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir pula akan berlangsung pada 17 Oktober depan.
Untuk rekod, Malaysia menjulang trofi kejohanan itu sebanyak 10 kali sejak 1958, muncul naib juara tujuh kali dan berkongsi juara dua kali dengan Korea Selatan pada (1960 dan 1979), manakala Korea Selatan pula menang sebanyak tujuh kali.
-- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 18 2023


Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Walaupun bermain dalam hujan yang lebat, ia tidak menghalang Sabah memberikan aksi yang cemerlang dalam perlawanan pertama Kumpulan H, Piala AFC 2023 ketika bertemu Haugang United dan telah mencipta kemenangan dengan selesa.

Piala Malaysia: JDT tetap waspada ancaman Negeri Sembilan
Biarpun memiliki bekalan selesa, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, tetap mengingatkan skuad kendaliannya itu untuk berwaspada apabila berdepan Negeri Sembilan FC dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

EPL: David Raya yakin mampu jadi penjaga gol utama Arsenal
David Raya yakin dirinya mampu menjadi penjaga gol utama Arsenal walaupun mengakui tidak pasti akan diturunkan dalam perlawanan 'Derby London' menentang Tottenham hujung minggu ini.

UEL: Abdallah Sima wira Rangers atasi Real Betis
Jaringan tunggal Abdallah Sima dalam babak kedua sudah cukup untuk memberikan Rangers kemenangan 1-0 ke atas Real Betis dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UECL: Emery gesa Aston Villa segera sesuaikan diri dengan keperluan peringkat Eropah
Unai Emery menegaskan bahawa Aston Villa perlu belajar untuk menangani keperluan dalam kejohanan di peringkat Eropah dan enggan menyalahkan pertukaran yang dilakukannya ketika tewas 2-3 kepada Legia Warsaw dalam aksi Liga Persidangan Eropah (UECL) awal pagi tadi.

UEL: David Moyes puji aksi Mohammed Kudus bantu West Ham bangkit atasi TSC
David Moyes memberikan pujian khas buat Mohammed Kudus selepas pemain sayap Ghana itu membantu West Ham bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan TSC Backa Topola dalam perlawanan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: De Zerbi gembira dengan penampilan Brighton walau tewas kepada AEK Athens
Roberto De Zerbi memuji barisan pemain Brighton dalam bilik persalinan walaupun tewas 2-3 kepada AEK Athens dalam penampilan pertama mereka di peringkat Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: Klopp anggap kemenangan ke-50 peringkat Eropah tidak penting selepas Liverpool benam LASK
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menganggap kemenangan ke-50 di peringkat Eropah yang dilakukannya selepas Liverpool menewaskan LASK dalam saingan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi sebagai sesuatu yang tidak penting.

Piala AFC: Terengganu buka kempen dengan tumbangkan kelab Australia, Central Coast Mariners
Terengganu FC memulakan kempen Piala AFC dengan langkah kanan apabila menumbangkan kelab Australia, Central Coast Mariners, 1-0 dalam aksi Kumpulan G di Kuala Terengganu sebentar tadi.

FAM akan adakan perbincangan pilih calon terbaik ganti Elavarasan
Susulan peletakan jawatan ketua jurulatih skuad bola sepak B-23 kebangsaan, E. Elavarasan, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram, tampil menjelaskan bahawa perbincangan lanjut akan diadakan pada Sabtu ini bagi menentukan siapa calon terbaik mengisi jawatan berkenaan.