Kejayaan Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Turkmenistan dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun lalu disifatkan satu kenangan terindah.
Malah 'perlawanan ulangan' kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor malam esok mahu dimanfaatkan pasukan negara dengan mengelak dibolosi sebarang gol.
Itu iltizam kapten skuad kebangsaan, Dion Cools, yang mahu benteng pertahanan pasukan negara memulakan aksi persediaan menentang Turkmenistan tanpa bolos sebelum menyelak tirai pusingan akhir Piala Asia 2023.
"Pemain Harimau Malaya memberi jaminan untuk mengawal sehabis baik benteng pertahanan daripada dibolosi pasukan Turkmenistan, kami akan lebih berwaspada dan tidak melakukan kesilapan mudah.
"Saya juga akan menggunakan pengalaman untuk membantu rakan sepasukan mencipta kejayaan.
"Malah, saya percaya kombinasi pemain baru dan senior dalam Harimau Malaya akan memperkukuhkan lagi pasukan ini dan menambah baik kualiti supaya menjadi lebih baik.
“Saya juga yakin kualiti dimiliki setiap pemain dapat memastikan pasukan ini mencapai matlamat dimahukan Kim Pan-gon," katanya, yang menyarung jersi kelab Buriram United FC dalam Liga Thailand.
Sebagai rekod, perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu merupakan penampilan pertama Harimau Malaya selepas kali terakhir beraksi di Johor ketika tewas 1-2 kepada Lubnan dalam pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 2017.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 22 2023


Liga Super: Hilang keyakinan punca Perak dibelasah Terengganu
Hilang keyakinan disifatkan punca Perak FC dibelasah Terengganu FC 3-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Serie A: Inter Milan kekal rentak kemenangan sebelum final UCL
Inter melalui persediaan terbaik menjelang final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) hujung minggu depan apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Torino dalam perlawanan terakhir Serie A awal pagi tadi.

Piala Scotland: Celtic lengkapkan gelaran 'treble' dengan tewaskan Inverness
Celtic meraih gelaran 'treble' domestik apabila menewaskan Inverness Caledonian Thistle 3-1 untuk menjulang Piala Scotland di Hampden Park awal pagi tadi.

Ligue 1: Rennes raih empat teratas, Nantes terselamat, Auxerre tersingkir
Rennes memintas Lille dan Monaco untuk menamatkan saingan Ligue 1 musim ini di kelompok empat teratas manakala Nantes pula mencatatkan kemenangan pertama sejak Februari lalu untuk kekal berada dalam saingan divisyen utama itu sambil Auxerre pula tersingkir pada hari perlawanan terakhir penuh dramatik awal pagi tadi.

Ligue 1: Lionel Messi tinggalkan PSG dengan kekalahan kepada Clermont Foot
Lionel Messi menamatkan kariernya di Paris Saint-Germain (PSG) dengan kekalahan 3-2 di tangan Clermont Foot dalam perlawanan terakhir Ligue 1 awal pagi tadi.

DFB-Pokal: Gol Nkunku, Szoboszlai pastikan RB Leipzig pertahan kejuaraan
Christopher Nkunku dan Dominik Szoboszlai menemui sasaran untuk RB Leipzig mempertahankan gelaran DFB-Pokal dengan menewaskan Eintracht Frankfurt 2-0 dalam aksi final di Olympiastadion awal pagi tadi.

EPL: Joao Moutinho, Diego Costa sah tinggalkan Wolves
Joao Moutinho dan Diego COsta akan meninggalkan Wolves sebaik kontrak mereka tamat manakala Adama Traore pula masih dalam perbincangan untuk melanjutkan kesepakatan bersama kelab itu.

Ligue 1: Selepas Messi, giliran Ramos ucap selamat tinggal PSG
Sergio Ramos akan mengikuti jejak Lionel Messi meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas pasukan juara Perancis itu mengesahkan akan berpisah dengan pertahanan veteran Sepanyol itu pada penghujung kontraknya.

Liga Super: PDRM perlu lebih tajam hadapi Selangor
PDRM FC diharapkan dapat menjelmakan keputusan positif ketika turun melayani kunjungan Selangor FC dalam perlawanan penamat pusingan pertama Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Liga Super: Kedah perlu kerja lebih keras -- Nafuzi
Kejayaan Kedah Darul Aman (KDA) FC bangkit menewaskan Sabah FC 2-1 di Stadium Darul Aman malam tadi memastikan pasukan itu naik satu anak tangga di kedudukan keempat Liga Super selepas 13 perlawanan.