Shaiful Shamsudin
Wed Nov 16 2022

Ketua jurulatih Belanda, Louis van Gaal, memihak kepada penyokong yang memutuskan untuk memboikot Piala Dunia di Qatar.
Selepas penantian selama 12 tahun yang sarat dengan kontroversi, edisi Piala Dunia pertama yang bakal dilangsungkan di Timur Tengah itu bakal membuka tirai pada Isnin depan yang menyaksikan perhitungan di antara Qatar dan Ecuador.
Tuan rumah terpalit dengan isu hak asasi manusia berikutan layanan terhadap pekerja asing dan larangan homoseksualiti sambil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggesa kesemua negara yang mengambil bahagian supaya memberi tumpuan kepada bola sepak.
Bagaimanapun, seruan itu sukar disahut apabila beberapa negara mula bersuara,dan Van Gaal melahirkan sokongannya terhadap peminat yang memboikot kejohanan berkenaan.
"Saya fikir tindakan mereka betul untuk berbuat demikian kerana mereka percaya dengan pendirian mereka dan mereka perlu melakukannya, jadi tiada masalah mengenai hal ini," katanya.
“Dan saya berharap kami bermain dengan sangat hebat hingga penghujung kejohanan dan apabila kami beraksi dalam perlawanan akhir, mereka akan melihat di televisyen betapa hebatnya kami.
“Saya fikir anda perlu menganjurkannya di negara bola sepak, lebih banyak pengalaman tentang segala-galanya tetapi pemilihan (tuan rumah) ini juga mampu merangsang sesebuah negara dengan cara lain, dengan cara yang betul.
“Ini juga sebuah negara kecil, keluarga saya mahupun rakan-rakan saya kerap menghadapi kesukaran untuk mencari venue di sini, jadi ini juga satu teguran.
"Organisasi, padang dan aspek kemudahan pula sangat bagus."

Ronald Koeman ikrar terap DNA menyerang bersama Belanda
Ronald Koeman bercadang untuk menerapkan corak permainan yang lebih menyerang dalam kem Belanda berbanding pendekatan pengurus terdahulu, Louis van Gaal.

EPL: Liverpool capai kesepakatan tandatangani Cody Gakpo
Liverpool mencapai kesepakatan untuk menandatangani pemain kebangsaan Belanda, Cody Gakpo, demikian diumumkan PSV.

Piala Dunia Qatar: Tahap pengadilan Belanda-Argentina satu skandal -- Frenkie de Jong
Frenkie de Jong menyifatkan pegawai perlawanan dalam pertemuan suku akhir Piala Dunia membabitkan perlawanan Belanda dan Argentina sebagai 'satu skandal' apabila menuduh pengadil, Antonio Mateu Lahoz, telah dipengaruhi oleh Lionel Messi.

Piala Dunia Qatar: Messi dakwa Van Gaal tidak hormati Argentina
Lionel Messi mendakwa pengendali Belanda, Louis van Gaal, tidak memiliki rasa hormat sebelum Argentina menamatkan perjalanan Belanda dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Van Dijk kecewa penentuan penalti punca Belanda tersingkir
Virgil van Dijk meratapi kekecewaan selepas Belanda tersingkir daripada Piala Dunia Qatar menerusi sepakan penalti kepada Argentina awal pagi tadi.

Piala Dunia Qatar: Mac Allister sedia hadapi cabaran Belanda
Peningkatan ketara Alexis Mac Allister dalam skuad Argentina turut mengejutkan dirinya sendiri dan pemain tengah Brighton itu berharap dia akan diturunkan dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 menentang Belanda awal pagi esok.

Piala Dunia Qatar: Timber tidak gentar jumpa Messi
Jurrien Timber tidak gentar untuk berdepan Lionel Messi tetapi mengakui ia akan menjadi satu tugas mencabar.

Piala Dunia Qatar: Messi hanya manusia, boleh gagal sepak penalti, kata penjaga gol Belanda
Lionel Messi hanya manusia dan boleh gagal dalam sepakan penalti, kata penjaga gol Belanda, Andries Noppert, menjelang pertemuan pasukannya dengan Argentina dalam suku akhir Piala Dunia Qatar awal pagi Sabtu ini.

Piala Dunia Qatar: De Jong dedah tiada ramuan sekat gerakan Messi
Frenkie de Jong berkata dia tidak mempunyai idea cara menghalang bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi, ketika Belanda dan Argentina bersiap sedia untuk bertemu di Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Depay sindir bekas bintang NBA perlekeh Belanda
Memphis Depay membidas bekas bintang Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) merangkap penganalisis TV Amerika Syarikat (AS), Charles Barkley, berikutan kemenangan 3-1 Belanda ke atas AS dalam pusingan 16, Piala Dunia, awal pagi tadi.