Pasukan bola sepak Iran bertindak menutup jersi dan lambang kebangsaan mereka ketika lagu kebangsaan dinyanyikan sebelum sepak mula sebagai tanda solidariti terhadap mangsa tahanan polis negara terbabit.
Iran terikat 1-1 dalam perlawanan pemanas badan menentang Senegal di stadium tertutup Austria, awal pagi tadi, sebagai persiapan Piala Dunia Qatar.
Kematian Mahsa Amini, 22, ketika di dalam tahanan polis Iran gara-gara etika pemakaian tudung telah membangkitkan protes di seluruh negara dan kecaman dunia.
Malah, beberapa hari sebelum sepak mula, penyerang Bayer Leverkusen, Sardar Azmoun, sempat menulis di Instagram: "Paling teruk pun saya akan digugurkan daripada pasukan kebangsaan. Tiada masalah.
"Saya akan mengorbankan itu demi sehelai rambut di kepala wanita Iran. Cerita ini tidak akan dipadamkan. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu."
Shaiful Shamsudin
Thu Sep 29 2022


Piala Dunia Qatar: Quieroz tetap berbangga dengan Iran di sebalik penyingkiran
Ketua jurulatih Iran, Carlos Queiroz, mempersoalkan 'maklumat salah' mengenai ancaman terhadap pemainnya dan memuji usaha mereka walaupun tersingkir daripada Piala Dunia Qatar selepas kekalahan 1-0 kepada Amerika Syarikat.

Piala Dunia Qatar: Iran cabar Klinsmann lepaskan jawatan FIFA
Carlos Queiroz menuntut Jurgen Klinsmann supaya meletakkan jawatannya dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas membuat beberapa tuduhan mengenai pasukan Iran dalam kempen Piala Dunia di Qatar.

Piala Dunia Qatar: Iran hidup peluang selepas menang dramatik ke atas Wales
Satu lagi kejutan berlaku dalam saingan peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar 2022 apabila Iran meraih kemenangan dramatik 2-0 ke atas 10 pemain Wales di Stadium Ahmed bin Ali sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Status Kane jadi tanda tanya susulan alami kecederaan buku lali
Kapten England, Harry Kane, akan menjalani imbasan mengenai kecederaan buku lali menjelang pertemuan Three Lions seterusnya dalam Piala Dunia Qatar dengan Amerika Syarikat.

Piala Dunia Qatar: Kritikan buat England beraksi penuh bersemangat -- Declan Rice
Declan Rice percaya kritikan diterima England menjelang Piala Dunia Qatar membolehkan mereka bermain dengan penuh bersemangat ketika membelasah Iran 6-2 Isnin lalu.

Piala Dunia Qatar: Trippier kagum kematangan corak permainan Bellingham
Pertahanan England, Kieran Trippier, memberikan pujian aksi luar biasa Jude Bellingham selepas dia memainkan peranan dalam kemenangan 6-2 The Three Lions dalam aksi pembukaan Piala Dunia Qatar semalam.

Piala Dunia Qatar: Southgate dedahkan Maguire alami masalah kesihatan
Gareth Southgate mendedahkan Harry Maguire digantikan ketika England menang 6-2 ke atas Iran kerana masalah kesihatan dan bukannya kecederaan.

Piala Dunia Qatar: Jika belum bersedia sila pulang ke rumah -- Carlos Queiroz
Carlos Queiroz mengkritik penyokong Iran selepas pasukannya dibelasah 6-2 oleh England dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Qatar mereka, menasihati mereka yang 'tidak bersedia untuk menyokong pasukan' supaya 'duduk di rumah'.

Piala Dunia Qatar: England laung amaran awal
Bukayo Saka menyumbat dua gol ketika England memulakan kempen Piala Dunia di Qatar dengan membelasah Iran 6-2 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Kane mahu pecah rekod Rooney, beri tumpuan kepada England
Harry Kane mahu memecahkan rekod England Wayne Rooney secepat mungkin di Piala Dunia Qatar, walaupun tidak akan panik jika dia terpaksa menunggu. England memulakan kempen mereka di Qatar menentang Iran malam ini, dengan Kane mencatatkan 51 gol untuk Three Lions. Penyerang Tottenham itu hanya ketinggalan dua gol di belakang Rooney, dan setelah mem