Pep Guardiola mengeluarkan respons sarkastik terhadap dakwaan Zlatan Ibrahimovic bahawa ego pengurus Manchester City itu boleh menghalang perkembangan Erling Haaland, sambil bergurau dia 'cemburu' terhadap penyerangnya.
Haaland telah menjaringkan 17 gol dalam 11 penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris (English Premier League), dengan mengecilkan cadangan dia mungkin bergelut untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan Guardiola.
Bagaimanapun, Ibrahimovic -- yang terkenal gagal berhubung dengan Guardiola ketika berkhidmat di Barcelona --- mencadangkan pengendali City itu tidak akan menerima eksploitasi luar biasa Haaland.
Bercakap kepada Canal+, Ibrahimovic berkata: "Bolehkah Guardiola menjadikan Haaland lebih kuat? Ia bergantung kepada ego Guardiola, jika dia membiarkan dia menjadi lebih besar daripadanya atau tidak. Dia tidak membenarkan saya menjadi lebih besar."
Komen-komen itu dikemukakan kepada Guardiola pada sidang akhbar menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris malam ini bertemu Fulham, dan pengendali dari Sepanyol itu memberikan jawapan berbaur sindiran.
"Dia betul. Dia tepat sekali," kata Guardiola dengan sinis. “Dalam kelab ini, dalam pasukan ini, ego saya melebihi prestasi pemain.
"Saya tidak suka apabila Erling menjaringkan tiga gol dan tumpuan yang diberikan kepadanya. Saya sangat cemburu, secara jujur. Sangat cemburu. Saya berkata selepas itu: 'Tolong, Erling, jangan jaringan gol lagi'.
"Saya mahu media bercakap tentang saya. Dia betul. Dia mengenali saya dengan cukup sempurna."
Ammar Hakim
Sat Nov 05 2022


Serie A: Inter Milan kekal rentak kemenangan sebelum final UCL
Inter melalui persediaan terbaik menjelang final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) hujung minggu depan apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Torino dalam perlawanan terakhir Serie A awal pagi tadi.

Piala FA Inggeris: Ilkay Gundogan wira Manchester City benam seteru jiran
Ilkay Gundogan dua kali menemui sentuhan berbisa buat Manchester City mengatasi Manchester United 2-1 untuk menjulang Piala FA, sebentar tadi.

Final Piala FA: Manchester United sedang bina sesuatu istimewa bersama Ten Hag -- Fernandes
Bruno Fernandes percaya Manchester United sedang membina sesuatu yang istimwa di bawah bimbingan Erik ten Hag dan ketua pasukan itu berasa bersyukur pengendali berkenaan masih meletakkan kepercayaan kepada dirinya biarpun mendapat kritikan hebat sewaktu mereka dibelasah Liverpool 7-0 sebelum ini.

Final Piala FA: Manchester City akan tampil dengan kekuatan penuh
Pasukan yang sedang memburu gelaran 'treble' musim ini, Manchester City, akan tampil dengan kekuatan penuh menjelang perlawanan final Piala FA menentang seteru tradisi, Manchester United, malam ini.

Kejayaan Manchester City hasil usaha pasukan -- Pep Guardiola
Pep Guardiola percaya ketidakadilan yang dilihat dalam jaringan Erling Haaland yang tidak dibenarkan dalam keputusan seri 1-1 di Brighton Rabu lalu membuktikan Manchester City adalah juara Liga Perdana Inggeris atas merit mereka sendiri.

Guardiola inspirasi saya jadi jurulatih -- De Zerbi
Roberto De Zerbi berkata Pep Guardiola 'masih nombor satu' dan mendedahkan pengendali Manchester City itu memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi jurulatih, selepas Brighton mengikat juara Liga Perdana Inggeris dengan keputusan seri 1-1.

EPL: Gundogan gesa Manchester City kekal standard tinggi buru gelaran 'treble'
Ilkay Gundogan berazam untuk tidak kehilangan momentum ketika Manchester City meneruskan pemburuan penamat tiga gelaran musim ini.

Arsenal belum berada di tahap yang sama dengan Manchester City -- Arteta
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, mengetahui bahawa pasukannya akan mengambil masa untuk mencapai tahap Manchester City.

Musim cemerlang Arsenal dorong kami bermain dengan lebih baik -- Pep Guardiola
Pep Guardiola menegaskan kejayaan terbaharu Manchester City menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris bukan berpunca daripada kegagalan Arsenal mempertahankan kelebihan sehingga tamat musim.

Manchester City tidak harap jadi juara dengan bantuan Nottingham
Pep Guardiola tidak bercadang untuk meraikan kejayaan sekiranya Manchester City mengesahkan kejuaraan hari ini tanpa perlu beraksi sambil membandingkan pengakhiran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan pemain tenis yang menikmati kejayaan Wimbledon.