Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menamatkan cabaran mereka di pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan penuh bermaruah dengan kejayaan muncul sebagai naib juara dalam saingan yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Perjalanan menakjubkan bintang muda ini ke pentas final termasuk dengan kejayaan menewaskan beregu Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan, di suku akhir sebelum berjaya menewaskan satu lagi beregu dari negara tersebut, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin di separuh akhir.
Bertemu lawan dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, ternyata atas kertas memihak lawan yang berada di ranking keenam dunia, memulakan set pertama dengan cemerlang, mengawal rentak permainan sebelum menoktahkan kemenangan 21-15.
Wei Chong-Kai Wun mula mendapatkan keselesaan rentak bermain, mula memberikan saingan di atas gelanggang sepanjang set kedua sehinggalah berkongsi mata 10-10.
Ketika Min Hyuk-Seung Jae berjaya mendahului 20-18 dan di ambang kejuaraan, wakil negara itu berjaya menyelamatkan dua mata kejuaraan sebelum berjaya mengheret permainan ke set penentuan dengan kemenangan 24-22.
Momentum itu dengan digunakan oleh Wei Chong-Kai Wun dalam set ketiga di sebalik sorakan penyokong tuan rumah yang membanjiri Axiata Arena menyaksikan mereka mendahului 11-8.
Bagaimanapun, Min Hyuk-Seung Jae memperkemaskan strategi mereka dan sekali lagi berjaya mendahului 20-18, sebelum menoktahkan kemenangan 21-19 ke atas wakil negara.
Ammar Hakim
Sun May 28 2023


Terbuka Hong Kong BWF: Pearly Tan-M Thinaah cari rentak konsisten dalam final
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, menanam iltizam untuk mencapai tahap konsistensi biarpun mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong BWF esok.

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah teruskan kemaraan ke final
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi apabila mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong.

Terbuka Hong Kong BWF: Soon Huat-Shevon tepati ramalan ke separuh akhir
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF dengan menewaskan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Hanintyas Mentari, secara set langsung di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Ng Tze Yong melangkah gagah ke separuh akhir
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mempamerkan aksi hampir sempurna untuk membenam cabaran pemain Denmark, Magnus Johannesen, dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Goh Jin Wei ke separuh akhir tumbangkan pilihan keenam dari China
Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, mencipta kejutan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF apabila menumbangkan pemain pilihan keenam dari China, Han Yue, di Kowloon sebentar tadi, sekali gus layak ke separuh akhir.

Terbuka Hong Kong BWF: Juara Sukan Olimpik sekat Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir
Hasrat untuk menyaksikan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas wakil negara itu tewas dalam aksi suku akhir di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Tze Yong, Zii Jia tempuh nasib berbeza
Dua perseorangan lelaki utama negara menempuh nasib berbeza dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Pearly-Thinaah atasi rakan senegara, Jin Wei mara percuma ke suku akhir
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF apabila mengatasi rakan senegara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing, dalam aksi pusingan kedua di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka Hong Kong BWF: Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong BWF apabila mengatasi gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Tang Po Hsuan di Kowloon sebentar tadi.

Terbuka China BWF: Beregu pilihan ketujuh rampas penamat kisah dongeng Tang Jie-Ee Wei
Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk memburu penamat kisah dongeng dalam Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan pilihan ketujuh dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, dalam aksi separuh akhir di Guangzhaou sebentar tadi.