Muzaffar Musa
Sun Jun 04 2023

Rennes memintas Lille dan Monaco untuk menamatkan saingan Ligue 1 musim ini di kelompok empat teratas manakala Nantes pula mencatatkan kemenangan pertama sejak Februari lalu untuk kekal berada dalam saingan divisyen utama itu sambil Auxerre pula tersingkir pada hari perlawanan terakhir penuh dramatik awal pagi tadi.
Rennes meraih kemenangan 2-1 ke atas Brest hasil gol berganda Benjamin Bourigeaud dan kejayaan mereka untuk berada di kelompok empat teratas turut dibantu dengan keputusan 1-1 Lille dan Troyes sambil Monaco pula tewas 1-2 kepada Toulouse.
Dengan kejayaan itu, pasukan bimbingan Bruno Genesio berkenaan layak untuk bersaing dalam Liga Europa (UEL) musim depan manakala Lille bimbingan Paula Fonseca pula perlu berpuas hati layak ke saingan Liga Persidangan Europa (UECL).
Pasukan juara, Paris Saint-Germain (PSG), melepaskan kelebihan dua gol sebelum tewas 2-3 kepada Clermont Foot dan ia bermakna mereka menamatkan musim dengan hanya berkelebihan satu mata di atas naib juara, Lens, yang menutup tirai kempen mereka dengan kemenangan 3-1 ke atas Auxerre.
Kekalahan Auxerre itu kemudian dimanfaatkan Nantes untuk keluar daripada zon penyingkiran pada hari perlawanan terakhir dengan mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Angers.
Auxerre, Ajaccio, Troyes dan Angers akan beraksi dalam Ligue 2 musim depan selepas liga divisyen utama itu dikecilkan kepada 18 pasukan.

Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Walaupun bermain dalam hujan yang lebat, ia tidak menghalang Sabah memberikan aksi yang cemerlang dalam perlawanan pertama Kumpulan H, Piala AFC 2023 ketika bertemu Haugang United dan telah mencipta kemenangan dengan selesa.

Piala Malaysia: JDT tetap waspada ancaman Negeri Sembilan
Biarpun memiliki bekalan selesa, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, tetap mengingatkan skuad kendaliannya itu untuk berwaspada apabila berdepan Negeri Sembilan FC dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

EPL: David Raya yakin mampu jadi penjaga gol utama Arsenal
David Raya yakin dirinya mampu menjadi penjaga gol utama Arsenal walaupun mengakui tidak pasti akan diturunkan dalam perlawanan 'Derby London' menentang Tottenham hujung minggu ini.

UEL: Abdallah Sima wira Rangers atasi Real Betis
Jaringan tunggal Abdallah Sima dalam babak kedua sudah cukup untuk memberikan Rangers kemenangan 1-0 ke atas Real Betis dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UECL: Emery gesa Aston Villa segera sesuaikan diri dengan keperluan peringkat Eropah
Unai Emery menegaskan bahawa Aston Villa perlu belajar untuk menangani keperluan dalam kejohanan di peringkat Eropah dan enggan menyalahkan pertukaran yang dilakukannya ketika tewas 2-3 kepada Legia Warsaw dalam aksi Liga Persidangan Eropah (UECL) awal pagi tadi.

UEL: David Moyes puji aksi Mohammed Kudus bantu West Ham bangkit atasi TSC
David Moyes memberikan pujian khas buat Mohammed Kudus selepas pemain sayap Ghana itu membantu West Ham bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan TSC Backa Topola dalam perlawanan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: De Zerbi gembira dengan penampilan Brighton walau tewas kepada AEK Athens
Roberto De Zerbi memuji barisan pemain Brighton dalam bilik persalinan walaupun tewas 2-3 kepada AEK Athens dalam penampilan pertama mereka di peringkat Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: Klopp anggap kemenangan ke-50 peringkat Eropah tidak penting selepas Liverpool benam LASK
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menganggap kemenangan ke-50 di peringkat Eropah yang dilakukannya selepas Liverpool menewaskan LASK dalam saingan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi sebagai sesuatu yang tidak penting.

Piala AFC: Terengganu buka kempen dengan tumbangkan kelab Australia, Central Coast Mariners
Terengganu FC memulakan kempen Piala AFC dengan langkah kanan apabila menumbangkan kelab Australia, Central Coast Mariners, 1-0 dalam aksi Kumpulan G di Kuala Terengganu sebentar tadi.

FAM akan adakan perbincangan pilih calon terbaik ganti Elavarasan
Susulan peletakan jawatan ketua jurulatih skuad bola sepak B-23 kebangsaan, E. Elavarasan, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram, tampil menjelaskan bahawa perbincangan lanjut akan diadakan pada Sabtu ini bagi menentukan siapa calon terbaik mengisi jawatan berkenaan.