Shaiful Shamsudin
Fri Jan 06 2023

Ketiadaan Neymar dalam sesi latihan malam tadi atas penjadualan semula program pemulihannya bermakna dia akan terlepas pertembungan Coupe de France di antara Paris Saint-Germain (PSG) dengan Chateauroux.
Langkah itu disahkan Christophe Galtier selepas penyerang tersebut mengalami kecederaan buku lali dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia membabitkan Brazil apabila terlepas dua perlawanan terakhir di peringkat kumpulan.
Namun, dia kembali mencetak gol untuk skuad Selecao dalam kedua-dua perlawanan kalah mati sebelum terkandas dalam suku akhir kepada Croatia.
Neymar kembali ke PSG dan diturunkan dalam perlawanan Ligue 1 ketika menentang Strasbourg, sebaliknya dia dilayangkan kad kuning kedua atas kesalahan simulasi pada minit ke-62 sebelum sepakan penalti lewat Kylian Mbappe memastikan kemenangan 2-1.
Sehubungan itu, dia perlu menjalani penggantungan dalam kekalahan 1-3 kepada Lens, hujung minggu lalu, yang merupakan kekalahan pertama mereka musim ini.
Begitupun, Galtier belum terdesak untuk mengetengahkan khidmat Neymar apabila menegaskan pemain berusia 30 tahun itu tidak akan terlibat dalam persiapan berdepan Chateauroux, awal pagi esok.
"Mengenai ketiadaan Neymar dalam latihan yang telah dijadualkan, ia turut melibatkan semua pemain yang beraksi dalam Piala Dunia," kata pengurus PSG itu kepada pemberita.
"Keadaan mereka sedang dinilai oleh kakitangan perubatan dan pasukan prestasi kami.
"Kami sepakat memutuskan bahawa Neymar, berikutan masalah buku lali yang membelenggunya, dia memerlukan masa untuk pulih."

PSG lebih seimbang tanpa Neymar -- Galtier
Christophe Galtier menerima serangan Paris Saint-Germain lebih seimbang tanpa Neymar tetapi menyangkal cadangan pasukannya lebih kuat tanpa kelibat penyerang tersebut.

'Saya tidak tahan dengan gelagatnya lagi' -- Dugarry 'gembira' Neymar perlu berehat lama
Christophe Dugarry 'gembira' untuk Paris Saint-Germain bahawa Neymar cedera kerana ketiadaannya memberikan 'peluang luar biasa' untuk ketua jurulatih, Christophe Galtier.

PSG sahkan Neymar tersisih sampai hujung musim
Neymar akan diketepikan untuk baki musim ini apabila perlu menjalani pembedahan buku lali, menurut Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.

Brazil senarai sembilan muka baru, Neymar-trio Liverpool antara tercicir
Neymar, Gabriel Martinelli dan Bruno Guimaraes antara nama pemain yang tercicir dalam skuad 23 pemain Brazil untuk menghadapi perlawanan persahabatan di Maghribi, akhir bulan ini.

PSG resah Neymar dibelenggu kecederaan buku lali
Neymar mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki dan secara tidak langsung dalam keraguan untuk pertemuan timbal balik Liga Juara-Juara (UCL) di antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich.

Mbappe nafi kritik Neymar, berharap bintang PSG itu segera pulih
Kylian Mbappe menegaskan dia tidak membuat komen terhadap Neymar apabila dia merujuk kepada rakan kelab Paris Saint-Germainnya perlu 'makan dengan baik dan tidur dengan nyenya'".

UCL: Neymar terkilan maklumat bilik persalinan PSG bocor
Neymar khuatir dengan kebocoran maklumat di dalam bilik persalinan Paris Saint-Germain (PSG) dan menegaskan mereka harus bergerak seiringan menjelang pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Bayern Munich.

Neymar kembali jalani latihan menjelang minggu penting PSG
Neymar kembali menjalani latihan penuh bersama Paris Saint-Germain (PSG), sekali gus menjadi pemangkin besar buat pasukan gergasi Perancis itu menjelang tiga perlawanan penting dalam tempoh seminggu ini.

Ronaldo jaring dua gol di Riyadh tapi Messi, Mbappe pacu kemenangan PSG
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol tetapi Lionel Messi dan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 5-4 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Riyadh All-Stars dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

Ligue 1: PSG beri Neymar ruang untuk pulih
Ketiadaan Neymar dalam sesi latihan malam tadi atas penjadualan semula program pemulihannya bermakna dia akan terlepas pertembungan Coupe de France di antara Paris Saint-Germain (PSG) dengan Chateauroux.