Muzaffar Musa
Thu Dec 29 2022

PSG 2 STRASBOURG 1
Kylian Mbappe menjadi penyelamat Paris Saint-Germain (PSG) apabila menjaringkan gol kemenangan dalam waktu kecederaan untuk mengatasi Strasbourg 2-1 dalam perlawanan Ligue 1 di Parc des Princes awal pagi tadi.
Pendahulu liga itu kelihatan akan menamatkan perlawanan dengan satu mata apabila ketua pasukan, Marquinhos, terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-51, sekali gus memadamkan gol pembukaan yang dihasilkannya pada minit ke-14, sambil Neymar pula dibuang padang selepas layangan kad kuning kedua.
Bagaimanapun, pada minit ke-96, bintang utama Perancis itu menyudahkan sepakan penalti -- hanya dua minggu sejak dia menjaringkan hatrik dalam final Piala Dunia -- untuk memastikan pasukannya tidak keciciran mata buat kali ketiga musim ini.
Ia memberikan kelegaan besar buat pasukan bimbingan Christophe Galtier itu -- yang kembali beraksi tanpa pemenang Piala Dunia, Lionel Messi -- selepas bergelut untuk menemui jaringan biarpun menguasai permainan sejak dari awal.

Piala Merlion: Elavarasan akur ketiadaan Mukhairi Ajmal
Ketua jurulatih skuad B-22 negara, E. Elavarasan, terpaksa akur kehilangan tonggak tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi, yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menjelang saingan Piala Merlion di Singapura bermula Jumaat ini.

Persahabatan Antarabangsa: Cools janji benteng negara kekal tenang
Kejayaan Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Turkmenistan dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun lalu disifatkan satu kenangan terindah.

Liga Super: Akmal Zahir enggan terbuai pujian
Pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Akmal Md Zahir, enggan terbuai dengan pujian selepas menjaringkan gol menarik dalam saingan Liga Super minggu lalu.

Persahabatan Antarabangsa: Kim Pan-gon teruja latih pemain dalam bulan Ramadan
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, mengakui teruja apabila buat kali pertama akan melatih pemain yang berpuasa menjelang satu perlawanan bola sepak.

EPL hormati iftar Ramadan
Ramadan tiba lagi dan pihak Liga Perdana Inggeris (EPL) turut menghormati kewajipan pemain-pemain beragama Islam dengan meluangkan masa ketika permainan untuk mereka berbuka puasa.

Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Gara-gara lidah tajamnya, Antonio Conte kini di ambang pemecatannya selaku pengurus Tottenham Hotspur pada ketika pengerusi kelab, Daniel Levy, seakan-akan tidak dapat dibendung lagi amarahnya.

Persahabatan Antarabangsa: Paulo Josue pasang impian sarung jersi Harimau Malaya
Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue, menganggap peluang untuk berada di bawah bimbingan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, sebagai pengalaman paling berharga sepanjang kariernya di Malaysia.

Liga Super: Kelantan United nafi kedudukan Tomas Trucha dalam bahaya
Pengarah Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz, menafikan dakwaan bahawa kedudukan ketua jurulatih pasukan itu, Tomas Trucha, sedang berada dalam bahaya.

Pestabola Merdeka: FAM beri penjelasan kejohanan berlangsung singkat
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menjelaskan alasan di sebalik penganjuran Pestabola Merdeka 2023 pada Oktober depan, yang akan berlangsung dalam tempoh singkat.

Gantung pengadil: FAM akan adakan siasatan menyeluruh -- Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria, dalam masa terdekat.