Penyerang baru Selangor FC, Ayron Del Valle, berkata faktor usia bukan penghalang untuk dia memacu kejayaan buat pasukan Merah Kuning itu musim ini.
Del Valle diperkenalkan sebagai pemain import baru Selangor FC dalam Majlis Hari Jersi Selangor di Shah Alam hari ini.
Penyerang berusia 34 tahun itu merupakan bekas penjaring terbanyak Liga Colombia dan meskipun sudah boleh dianggap pemain veteran, Del Valle yakin kudratnya masih mampu untuk membawa kegemilangan buat The Red Giants.
"Saya mungkin sudah berusia 34 tahun tetapi bagi saya, usia bukan satu masalah," katanya seperti yang dipetik Astro Arena.
"Saya masih cergas dan berprestasi baik musim lalu. Saya tahu kapasiti dan kemahiran yang dimiliki diri saya, jadi saya akan mencuba yang terbaik untuk pasukan ini," katanya.
Sebagai rekod, Del Valle merupakan pemain keenam ditandatangani Selangor musim ini selepas Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran, Faisal Halim, Noor Al Rawabdeb dan Rauf Salifu.
Kredit foto: Selangor FC
Muzaffar Musa
Sat Jan 28 2023


Liga Super: Fandi tak salahkan pemain, akur satu mata menentang Kedah
Gol penyamaan Kedah Darul Aman FC pada minit akhir perlawanan agak mengecewakan ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad.

EPL: Arteta kagum dengan tahap tumpuan Arsenal selepas City menang
Mikel Arteta memuji tahap tumpuan pemain Arsenal apabila pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengembalikan kelebihan lapan mata hasil kemenangan ke atas Leeds United di Stadium Emirates lewat malam tadi.

Serie A: Fiorentina beri Inter rekod kekalahan terburuk dalam tempoh enam tahun
Inter Milan berdepan rekod kekalahan perlawanan liga terburuk dalam tempoh enam tahun selepas tewas 0-1 di tangan Fiorentina dalam perlawanan Serie A di San Siro awal pagi tadi.

Serie A: Gol tunggal Kean pastikan Juventus raih kemenangan kelima berturut-turut
Moise Kean menjaringkan gol tunggal untuk Juventus melakarkan kemenangan kelima berturut-turut dalam kesemua kejohanan selepas menewaskan Verona 1-0 dalam perlawanan Serie A di Arena Allianz awal pagi tadi.

LaLiga: Gol berganda Lewandowski pastikan Barcelona mudah benam Elche
Robert Lewandowski sekali lagi menjaringkan dua gol untuk membantu Barcelona mendekati gelaran LaLiga musim ini selepas menewaskan Elche 4-0 di Estadio Manuel MartÃnez Valero awal pagi tadi.

Bundesliga: Tuchel mulakan era di Bayern dengan atasi Dotmund dalam Klassiker
Thomas Tuchel memulakan eranya bersama Bayern Munich dengan kemenangan 4-2 ke atas seteru tradisi, Borussia Dortmund, dalam perlawanan Bundesliga di Arena Allianz awal pagi tadi.

EPL: Aston Villa beri Chelsea kekalahan pertama dalam lima perlawanan
Chelsea berdepan kekalahan pertama dalam lima perlawanan apabila Ollie Watkins dan John McGinn menemui sasaran untuk memastikan kemenangan 2-0 buat Aston Vila dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.

EPL: Kepulangan Jesus pacu kemenangan bergaya Arsenal ke atas Leeds
Gabriel Jesus menjaringkan dua gol untuk Arsenal kekal berkelebihan lapan mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Leeds United 4-1 lewat malam tadi.

All Nassr raikan rekod Ronaldo bersama Portugal
Al Nassr meraikan penampilan bersejarah Cristiano Ronaldo bersama Portugal dengan penuh bergaya.

Ligue 1: PSG sudah mula perancangan musim depan, termasuk bincang dengan Messi
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier, optimis mengenai perancangan kelab itu bagi menghadapi musim depan tetapi mengakui ada sebahagian tetapan yang perlu diperbaiki secara signifikan.