Kejayaan Kedah Darul Aman (KDA) FC bangkit menewaskan Sabah FC 2-1 di Stadium Darul Aman malam tadi memastikan pasukan itu naik satu anak tangga di kedudukan keempat Liga Super selepas 13 perlawanan.
Pengendalinya, Nafuzi Zain, berkata sasaran untuk berada di kelompok empat pasukan terbaik selepas tamat pusingan pertama Liga Super berjaya direalisasikan selepas berdepan cabaran sukar, namun masih perlu bekerja keras dalam baki saingan liga musim ini.
Menurutnya, semua pemainnya telah menunjukkan semangat dan karakter permainan yang diharapkan, malah tidak mengalah walaupun ketinggalan satu gol.
"Kita tahu ini adalah tahun pertama saya bersama Kedah dan saya gembira berada di kelompok empat teratas dalam pusingan pertama. (Namun) kita tahu banyak lagi kerja keras perlu dilakukan.
"KDA FC ketinggalan gol awal kepada Sabah FC tetapi pemain tidak mengalah, malah bersemangat mencipta ruang dan peluang serta menjaringkan gol penyamaan dan juga kemenangan.
"Corak permainan mereka sudah banyak meningkat walaupun masih banyak kelemahan dan persefahaman yang perlu diberikan perhatian," katanya dalam sidang media.
Lee Tuck muncul wira Sang Kenari apabila menjaringkan gol pada minit ke-40 dan 72 bagi memadamkan gol awal pelawat menerusi Gabriel Peres seawal minit ke-8.
Mengulas dua jaringan Lee Tuck itu pula, Nafuzi mengakui komitmen yang diberikan oleh pemain itu dan dia berada pada masa serta posisi yang tepat untuk menjaringkan dua gol berkenaan.
"Prestasi yang ditunjukkan oleh Lee Tuck membuatkan ramai gembira, terutama penyokong Kedah," ujarnya.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 03 2023


Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Walaupun bermain dalam hujan yang lebat, ia tidak menghalang Sabah memberikan aksi yang cemerlang dalam perlawanan pertama Kumpulan H, Piala AFC 2023 ketika bertemu Haugang United dan telah mencipta kemenangan dengan selesa.

Piala Malaysia: JDT tetap waspada ancaman Negeri Sembilan
Biarpun memiliki bekalan selesa, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, tetap mengingatkan skuad kendaliannya itu untuk berwaspada apabila berdepan Negeri Sembilan FC dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

EPL: David Raya yakin mampu jadi penjaga gol utama Arsenal
David Raya yakin dirinya mampu menjadi penjaga gol utama Arsenal walaupun mengakui tidak pasti akan diturunkan dalam perlawanan 'Derby London' menentang Tottenham hujung minggu ini.

UEL: Abdallah Sima wira Rangers atasi Real Betis
Jaringan tunggal Abdallah Sima dalam babak kedua sudah cukup untuk memberikan Rangers kemenangan 1-0 ke atas Real Betis dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UECL: Emery gesa Aston Villa segera sesuaikan diri dengan keperluan peringkat Eropah
Unai Emery menegaskan bahawa Aston Villa perlu belajar untuk menangani keperluan dalam kejohanan di peringkat Eropah dan enggan menyalahkan pertukaran yang dilakukannya ketika tewas 2-3 kepada Legia Warsaw dalam aksi Liga Persidangan Eropah (UECL) awal pagi tadi.

UEL: David Moyes puji aksi Mohammed Kudus bantu West Ham bangkit atasi TSC
David Moyes memberikan pujian khas buat Mohammed Kudus selepas pemain sayap Ghana itu membantu West Ham bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan TSC Backa Topola dalam perlawanan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: De Zerbi gembira dengan penampilan Brighton walau tewas kepada AEK Athens
Roberto De Zerbi memuji barisan pemain Brighton dalam bilik persalinan walaupun tewas 2-3 kepada AEK Athens dalam penampilan pertama mereka di peringkat Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: Klopp anggap kemenangan ke-50 peringkat Eropah tidak penting selepas Liverpool benam LASK
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menganggap kemenangan ke-50 di peringkat Eropah yang dilakukannya selepas Liverpool menewaskan LASK dalam saingan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi sebagai sesuatu yang tidak penting.

Piala AFC: Terengganu buka kempen dengan tumbangkan kelab Australia, Central Coast Mariners
Terengganu FC memulakan kempen Piala AFC dengan langkah kanan apabila menumbangkan kelab Australia, Central Coast Mariners, 1-0 dalam aksi Kumpulan G di Kuala Terengganu sebentar tadi.

FAM akan adakan perbincangan pilih calon terbaik ganti Elavarasan
Susulan peletakan jawatan ketua jurulatih skuad bola sepak B-23 kebangsaan, E. Elavarasan, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram, tampil menjelaskan bahawa perbincangan lanjut akan diadakan pada Sabtu ini bagi menentukan siapa calon terbaik mengisi jawatan berkenaan.