Perubahan kalendar Liga Malaysia (Liga-M) musim ini termasuk beraksi pada sebelah petang akan menjadi cabaran baru buat pasukan dan pemain untuk meningkatkan kualiti permainan ke tahap tertinggi.
Penganalisis sukan, Rizal Hashim, berkata apa yang menjadi persoalan dalam kalangan peminat adalah sama ada pemain mampu mengekalkan kualiti permainan atau tidak berdasarkan faktor cuaca memandangkan mereka sebelum ini sudah terbiasa beraksi pada waktu malam.
“Cumanya apakah kualiti permainan pada ketika cuaca petang dapat dikekalkan berbanding waktu malam.
“Jika ikut telahan bekas jurulatih skuad kebangsaan, Bertalan Bicskei, cuaca petang akan mempengaruhi standard permainan. Kita tunggu dan lihat," katanya.
Justeru, enggan membuat andaian terlalu awal, Rizal mengajak peminat untuk memberi peluang kepada pemain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan perubahan jadual perlawanan demi kemajuan bola sepak negara.
“Apa pun, kita beri peluang kepada pemain untuk beri yang terbaik,” katanya lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, pada Khamis lalu mengumumkan waktu sepak mula baru buat Liga-M 2023.
Ia akan melibatkan waktu sepak mula pada jam 5.30 atau 5.15 petang di semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pada jam 4.30 atau 4.45 petang.
Perlawanan lain akan bermula pada jam 8.15 malam dan 9 malam manakala pada bulan Ramadan, ia akan dimulakan jam 10 malam.
Untuk Sabah dan Sarawak pula, sepak mula perlawanan pada jam 8.30 malam dan 8.15 malam, manakala ketika bulan Ramadan akan bermula pada jam 9.15 malam.
Rizal juga percaya perubahan waktu sepak mula itu mampu melonjakkan jualan tiket selain menggalakkan penyertaan penonton dalam kalangan penyokong yang sudah berkeluarga.
“Saya percaya MFL sudah melakukan tinjauan sebelum mengambil keputusan ini. Secara pukul rata, kutipan tiket tidak begitu memberangsangkan apabila sepak mula diadakan waktu malam.
“Jadi, tidak salah andai MFL sebagai pengendali liga mahu menggalakkan budaya keluarga untuk menonton sebelah petang dan boleh balik lebih awal.
“Ambil contoh jadual perlawanan waktu petang ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun lalu,” katanya.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 28 2023


Liga Super: Fandi tak salahkan pemain, akur satu mata menentang Kedah
Gol penyamaan Kedah Darul Aman FC pada minit akhir perlawanan agak mengecewakan ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad.

EPL: Arteta kagum dengan tahap tumpuan Arsenal selepas City menang
Mikel Arteta memuji tahap tumpuan pemain Arsenal apabila pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengembalikan kelebihan lapan mata hasil kemenangan ke atas Leeds United di Stadium Emirates lewat malam tadi.

Serie A: Fiorentina beri Inter rekod kekalahan terburuk dalam tempoh enam tahun
Inter Milan berdepan rekod kekalahan perlawanan liga terburuk dalam tempoh enam tahun selepas tewas 0-1 di tangan Fiorentina dalam perlawanan Serie A di San Siro awal pagi tadi.

Serie A: Gol tunggal Kean pastikan Juventus raih kemenangan kelima berturut-turut
Moise Kean menjaringkan gol tunggal untuk Juventus melakarkan kemenangan kelima berturut-turut dalam kesemua kejohanan selepas menewaskan Verona 1-0 dalam perlawanan Serie A di Arena Allianz awal pagi tadi.

LaLiga: Gol berganda Lewandowski pastikan Barcelona mudah benam Elche
Robert Lewandowski sekali lagi menjaringkan dua gol untuk membantu Barcelona mendekati gelaran LaLiga musim ini selepas menewaskan Elche 4-0 di Estadio Manuel Martínez Valero awal pagi tadi.

Bundesliga: Tuchel mulakan era di Bayern dengan atasi Dotmund dalam Klassiker
Thomas Tuchel memulakan eranya bersama Bayern Munich dengan kemenangan 4-2 ke atas seteru tradisi, Borussia Dortmund, dalam perlawanan Bundesliga di Arena Allianz awal pagi tadi.

EPL: Aston Villa beri Chelsea kekalahan pertama dalam lima perlawanan
Chelsea berdepan kekalahan pertama dalam lima perlawanan apabila Ollie Watkins dan John McGinn menemui sasaran untuk memastikan kemenangan 2-0 buat Aston Vila dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.

EPL: Kepulangan Jesus pacu kemenangan bergaya Arsenal ke atas Leeds
Gabriel Jesus menjaringkan dua gol untuk Arsenal kekal berkelebihan lapan mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Leeds United 4-1 lewat malam tadi.

All Nassr raikan rekod Ronaldo bersama Portugal
Al Nassr meraikan penampilan bersejarah Cristiano Ronaldo bersama Portugal dengan penuh bergaya.

Ligue 1: PSG sudah mula perancangan musim depan, termasuk bincang dengan Messi
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier, optimis mengenai perancangan kelab itu bagi menghadapi musim depan tetapi mengakui ada sebahagian tetapan yang perlu diperbaiki secara signifikan.