Penyerang Belgium, Eden Hazard, berkata dia mula menunjukkan prestasinya semula selepas 65 minit yang berkualiti dalam kemenangan 2-1 Liga Negara-Negara di tempat sendiri ke atas Wales, tetapi mengakui dia memerlukan lebih banyak masa permainan di Real Madrid sebelum ke Piala Dunia.
Hazard hampir tidak beraksi untuk Real musim ini selepas hanya membuat satu permulaan, sesuatu yang dia panggil 'situasi rumit', dan dengan pengakuannya sendiri ia telah meragui tempatnya di pusingan akhir di Qatar.
Dia mempamerkan kualitinya pada separuh masa pertama menentang Wales dan berpuas hati dengan sumbangannya sebelum digantikan hanya selepas 60 minit waktu permainan.
"Saya gembira untuk memulakan satu lagi perlawanan,' kata Hazard kepada RTL.
"Saya gembira apabila saya bermain dan seronok bermain untuk penyokong di sini (di Brussels) sekali lagi. Separuh masa pertama kami sangat bagus.
"Saya tahu apa yang saya boleh buat. Sekarang saya mahu mendapatkan prestasi terbaik untuk Piala Dunia. Kita akan lihat apa yang diputuskan oleh jurulatih (Roberto Martinez), tetapi saya paling gembira apabila saya bermain.
"Apabila saya bermain, saya memberikan segalanya. Ia adalah situasi yang sukar di Real Madrid. Saya rasa ingin bermain lebih banyak, tetapi saya tidak boleh berbuat lebih banyak.
"Saya selalu berkata Eden Hazard lama akan kembali apabila dia bermain. Saya hanya perlu kembali ke rentak."
Belgium masih boleh layak ke separuh akhir Liga Negara-Negara tetapi mereka mesti menewaskan Belanda dengan tiga gol jelas di Amsterdam pada hari Ahad untuk mengungguli kumpulan mereka.
"Kami akan cuba bermain dengan baik di sana dan mempersiapkan diri untuk Piala Dunia,' tambah Hazard.
Ammar Hakim
Fri Sep 23 2022


Rasuah sudah lenyap, kata Carlo Ancelotti
Carlo Ancelotti tampil menjawab tuduhan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Atletico Madrid, Miguel Angel Gil Marin, bahawa Real Madrid menerima layanan khas daripada pengadil apabila menegaskan rasuah tidak lagi wujud dalam bola sepak.

Copa del Rey: Gol Rodrygo jadi pencetus kebangkitan Real Madrid ke separuh akhir
Real Madrid memerlukan sehingga masa tambahan untuk bangkit menewaskan seteru setempat, Atletico Madrid, 3-1 dalam perlawanan suku akhir Copa del Rey awal pagi tadi.

Ancelotti tidak pandang sepi sumbangan Vinicius Junior
Vinicius Junior wajar mendapat penghormatan yang lebih baik, menurut pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Copa del Rey: Real Madrid bangkit ke suku akhir
Gol lewat permainan daripada Dani Ceballos memastikan Real Madrid menewaskan Villarreal 3-2 di Estadio de la Ceramica untuk ke suku akhir Copa del Rey awal pagi tadi.

Supercopa de Espana: Gavi pacu kejuaraan Barcelona dengan mudah atasi Real Madrid
Gavi menjaringkan satu gol dan mencetuskan dua lagi jaringan ketika Barcelona mengatasi Real Madrid 3-1 dalam final Supercopa de Espana awal pagi tadi, sekali gus memberikan Xavi kejuaraan pertama sepanjang bergelar pengendali pasukan berkenaan.

Carlo Ancelotti puji Jude Bellingham tapi masih puas hati barisan muda di Real Madrid
Carlo Ancelotti masih berpuas hati dengan pilihan bahagian tengahnya di sebalik laporan Real Madrid sedang mendahului untuk mengikat Jude Bellingham.

Kelibat Eden Hazard macam tak wujud, kata pemain Cacereno
Eden Hazard bermain seperti dia langsung tidak peduli ketika Real Madrid memerlukan kemenangan tipis 1-0 untuk mengatasi Cacereno dalam Copa del Rey, demikian menurut pemain lawan, Carmelo Mereciano.

Copa del Rey: Ancelotti kritik padang buruk Cacereno
Carlo Ancelotti mengkritik keadaan padang milik Cacereno sejurus kemenangan 1-0 Real Madrid dalam saingan Copa del Rey awal pagi tadi sambil berkata permukaan padang seperti itu tidak sesuai untuk bola sepak.

LaLiga: Ancelotti beri amaran Benzema berbeza pada 2023
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, memberikan amaran bahawa Karim Benzema akan beraksi lebih baik sepanjang 2023 selepas pemenang Anugerah Ballon d'Or itu menjaringkan dua gol ketika menewaskan Real Valladolid 2-0 dalam saingan LaLiga awal pagi tadi.

Dua gol Benzema lonjak Real ke puncak LaLiga
Karim Benzema menjaringkan dua gol lewat ketika Real Madrid merampas kemenangan 2-0 ke atas Real Valladolid yang beraksi 10 pemain awal pagi tadi untuk memintas Barcelona di puncak LaLiga.