Perlawanan terakhir Wales sebelum Piala Dunia Qatar berakhir dengan kekalahan 2-1 kepada Belgium dalam aksi Liga Negara-Negara di Brussels.
Kevin De Bruyne dan Michy Batshuayi memberikan dominasi Belgium pada separuh masa pertama dan Wales kelihatan gagal menghadirkan sebarang impak dalam perlawanan.
Bagaimanapun, Kieffer Moore mengurangkan separuh defisit lima minit selepas rehat, dan pasukan kendalian Robert Page mempamerkan prestasi separuh masa kedua yang lebih baik untuk memberi dorongan yang positif dua bulan sebelum Piala Dunia Qatar.
De Bruyne pernah berkata sebelum perlawanan dia bosan bermain dengan Wales, tetapi pemain tengah Manchester City itu tidak menunjukkannya kerana dia mempamerkan aksi cemerlang.
Wales bermula dengan penuh keyakinan tetapi ketinggalan selepas 10 minit apabila hantaran lintang Batshuayi menemui De Bruyne sambil dia dengan santai melepasi Wayne Hennessey.
De Bruyne tidak lama kemudian merencana gol kedua Belgium selepas 37 minit, melakukan hantaran kepada Batshuayi sebelum penyerang itu menggandakan jaringan.
Wales bagaimanapun berusaha untuk bangkit dalam separuh masa kedua, gerakan Brennan Johnson melancarkan serangan berjaya mengejutkan Belgium, hantaran silangnya berjaya disambar Moore untuk mengurangkan defisit jaringan.
Gareth Bale dibawa masuk vsejurus selepas tanda sejam dan hampir menyamakan kedudukan, selepas hantaran silang Daniel James berjaya ditepis pemain lawan.
Belgium telah diberikan penalti kerana De Bruyne dikasari pemain lawan namun VAR menunjukkan bahawa Joe Morrell telah melakukan sentuhan dengan bola dan keputusan itu dibatalkan.
Wales akan menuju ke perlawanan terakhir Liga Negara-Negara mereka di laman sendiri menentang Poland.
Ammar Hakim
Fri Sep 23 2022


Piala EFL: Man City singkir Liverpool, Haaland ledak gol ke-24
Erling Haaland menjaringkan gol ke-24 musim ini dan Kevin De Bruyne mempamerkan aksi cemerlang ketika Manchester City menewaskan penyandang juara, Liverpool 3-2 untuk mara ke suku akhir Piala EFL, awal pagi tadi.

Piala Dunia Qatar: Witsel mahu Belgium ulangi pencapaian di Russia
Axel Witsel mahu Belgium mencontohi kejayaan di Russia empat tahun lalu ketika Red Devils menyasarkan kejayaan Piala Dunia dalam apa yang boleh menjadi kejohanan terakhir untuk 'Generasi Emas' mereka.

Guardiola lega Kevin De Bruyne kembali temui rentak bantu City rampas takhta EPL
Pep Guardiola menegaskan Kevin De Bruyne kembali menemui prestasi sebenarnya selepas sepakan percuma menakjubkannya menewaskan Leicester City.

Haaland sudah pasti mampu pecah rekod jaringan di England -- Guardiola
Pep Guardiola berkata Erling Haaland akan menjadi 'genius' jika dia boleh memecahkan rekod jaringan Liga Perdana Inggeris, dan memuji impak Borussia Dortmund terhadap perkembangan penyerang itu.

Aksi cemerlang Haaland sekadar permulaan -- De Bruyne
Kevin De Bruyne memberi amaran prestasi cemerlang Erling Haaland 'hanyalah permulaan' selepas dua jaringan penyerang itu membantu Manchester City menang 3-1 ke atas Brighton and Hove Albion.

Pertahanan Korea muncul pahat nama di pentas Eropah
Kim Min-jae dari Napoli telah diiktiraf sebagai salah seorang pemain terbaik di Eropah setakat musim ini.

Liga Negara-Negara: Aksi cemerlang De Bruyne bantu Belgium atasi Wales
Perlawanan terakhir Wales sebelum Piala Dunia Qatar berakhir dengan kekalahan 2-1 kepada Belgium dalam aksi Liga Negara-Negara di Brussels.

Benzema dinobat sebagai Pemain Terbaik UEFA
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik UEFA 2021-22, menewaskan rakan sepasukan, Thibaut Courtois dan perancang Manchester City, Kevin De Bruyne.

Haaland akan sesuaikan diri dengan EPL bersama Manchester City, kata De Bruyne
Kevin De Bruyne berasakan Erling Haaland akan terus menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) sambil memuji usaha yang dipamerkan penyerang itu ketika menewaskan Bournemouth 4-0 malam tadi.

Salah dinobat Pemain Terbaik PFA
Mohamed Salah telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Pemain PFA, manakala Phil Foden telah berjaya mempertahankan anugerah Pemain Muda Terbaik.