Muzaffar Musa
Sat Jan 28 2023

Xavi yakin Marcos Alonso akan memainkan peranan besar dalam usaha Barcelona untuk memenangi lebih banyak trofi selepas pemain itu menandatangani kontrak baru semalam.
Alonso tiba di Camp Nou pada September lalu secara ejen bebas selepas meninggalkan Chelsea, di mana dia menandatangani kesepakatan sehingga penghujung musim ini.
Bek kiri itu kini melanjutkan tempohnya dalam LaLiga untuk 12 bulan lagi dengan klausa penjualan bernilai €50 juta (RM230.74 juta).
Alonso melakukan 19 penampilan dalam musim pertamanya bersama Blaugrana, di mana dia menjaringkan dua gol dan meraikan kejayaan memenangi Supercopa de Espama bulan ini -- dengan menewaskan seteru tradisi, Real Madrid dalam final.
Ketua jurulatih Barca, Xavi, menyambut baik keputusan pemain berusia 32 tahu itu untuk kekal bersama pasukannya.
"Saya amat gembira dengan Marcos. Yang pertama disebabkan keperibadiannya dan yang kedua sebagai seorang yang profesional dalam bilik persalinan, di mana dia menyesuaikan diri dengan amat baik.
"Juga sebagai pemain, dia seorang yang amat kental, matang dan berpengalaman.
"Dia merupakan pemain di tahap tertinggi dan akan menjadi amat penting buat kami untuk bergerak ke depan," katanya.

Liga Super: Fandi tak salahkan pemain, akur satu mata menentang Kedah
Gol penyamaan Kedah Darul Aman FC pada minit akhir perlawanan agak mengecewakan ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad.

EPL: Arteta kagum dengan tahap tumpuan Arsenal selepas City menang
Mikel Arteta memuji tahap tumpuan pemain Arsenal apabila pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengembalikan kelebihan lapan mata hasil kemenangan ke atas Leeds United di Stadium Emirates lewat malam tadi.

Serie A: Fiorentina beri Inter rekod kekalahan terburuk dalam tempoh enam tahun
Inter Milan berdepan rekod kekalahan perlawanan liga terburuk dalam tempoh enam tahun selepas tewas 0-1 di tangan Fiorentina dalam perlawanan Serie A di San Siro awal pagi tadi.

Serie A: Gol tunggal Kean pastikan Juventus raih kemenangan kelima berturut-turut
Moise Kean menjaringkan gol tunggal untuk Juventus melakarkan kemenangan kelima berturut-turut dalam kesemua kejohanan selepas menewaskan Verona 1-0 dalam perlawanan Serie A di Arena Allianz awal pagi tadi.

LaLiga: Gol berganda Lewandowski pastikan Barcelona mudah benam Elche
Robert Lewandowski sekali lagi menjaringkan dua gol untuk membantu Barcelona mendekati gelaran LaLiga musim ini selepas menewaskan Elche 4-0 di Estadio Manuel Martínez Valero awal pagi tadi.

Bundesliga: Tuchel mulakan era di Bayern dengan atasi Dotmund dalam Klassiker
Thomas Tuchel memulakan eranya bersama Bayern Munich dengan kemenangan 4-2 ke atas seteru tradisi, Borussia Dortmund, dalam perlawanan Bundesliga di Arena Allianz awal pagi tadi.

EPL: Aston Villa beri Chelsea kekalahan pertama dalam lima perlawanan
Chelsea berdepan kekalahan pertama dalam lima perlawanan apabila Ollie Watkins dan John McGinn menemui sasaran untuk memastikan kemenangan 2-0 buat Aston Vila dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.

EPL: Kepulangan Jesus pacu kemenangan bergaya Arsenal ke atas Leeds
Gabriel Jesus menjaringkan dua gol untuk Arsenal kekal berkelebihan lapan mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Leeds United 4-1 lewat malam tadi.

All Nassr raikan rekod Ronaldo bersama Portugal
Al Nassr meraikan penampilan bersejarah Cristiano Ronaldo bersama Portugal dengan penuh bergaya.

Ligue 1: PSG sudah mula perancangan musim depan, termasuk bincang dengan Messi
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier, optimis mengenai perancangan kelab itu bagi menghadapi musim depan tetapi mengakui ada sebahagian tetapan yang perlu diperbaiki secara signifikan.