Muzaffar Musa
Thu Feb 03 2022

MEXICO 1 PANAMA 0
Raul Jimenez menjaringkan gol sepakan penalti pada minit ke-80 untuk memastikan kemenangan 1-0 Mexico ke atas Panama, sekali gus melebarkan kelebihan kepada empat mata di depan lawan itu dalam pusingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.
Jimenez kembali diturunkan selepas tidak terlibat dalam dua perlawanan terdahulu gara-gara kecederaan betis dan dia beraksi cemerlang buat El Tri sebelum menyudahkan sepakan penalti yang dimenangi Diego Lainez di Mexico City sebentar tadi.
Kemenangan lewat permainan itu memberikan kelegaan buat ketua jurulatih Mexico, Gerardo Martino, selepas pasukannya sekadar terikat 0-0 dengan Costa Rica hujung minggu lalu, sekali gus kekal berada di tangga ketiga pusingan kelayakan Zon CONCACAF tanpa dapat dipintas pasukan di tangga keempat, Panama.
Penyerang Wolves, Jimenez, mencipta banyak peluang buat Mexico, termasuk jaringannya yang dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) pada awal babak kedua.
Lainez, yang dimasukkan bagi menggantikan Hirving Lozano pada minit ke-66, memenangi sepakan penalti selepas dijatuhkan Abdiel Ayarza sebelum Jimenez tenang memperdayakan penjaga gol Panama, Luiz Meija.
Pelawat, bagaimanapun, hampir menyamakan kedudukan pada minit kelima waktu kecederaan tetapi tandukan Amir Murillo tersasar.

LaLiga: Bapa mahu Ansu Fati tinggalkan Barcelona
Ansu Fati mahu kekal di Barcelona tetapi bapanya berfikiran sebaliknya.

Herve Renard letak jawatan ketua jurulatih Arab Saudi
Arab Saudi mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatihnya, Herve Renard, yang akan disahkan menjadi ketua jurulatih skuad wanita Perancis.

EPL: Rashford bidas dakwaan mengarut minta £500,000 seminggu di Manchester United
Marcus Rashford menafikan dakwaan mengarut bahawa dia meminta kesepakatan baru melibatkan bayaran £500,000 (RM2.72 juta) seminggu untuk kekal di Manchester United.

Luis Enrique mahu ke EPL tapi bukan sebagai pengganti Conte di Spurs
Bekas ketua jurulatih Sepanyol dan Barcelona, Luis Enrque, tidak menolak untuk bekerja di England tetapi menafikan akan menggantikan tempat Antonio Conte di Tottenham.

Mitrovic, Silva mohon maaf dilayangkan kad merah dalam aksi Fulham-Manchester United
Aleksandar Mitrovic dan Marco Silva mengeluarkan satu permohonan maaf selepas dilayangkan kad merah ketika Fulham tewas kepada Manchester Unitex dalam saingan Piala FA awal bulan ini.

Piala Dunia B-20: FIFA singkir Indonesia selaku tuan rumah
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyingkirkan Indonesia selaku tuan rumah Kejohanan Piala Dunia B-20 2023, demikian disahkan badan induk bola sepak dunia itu dalam laman web rasmi mereka lewat malam tadi.

Rodri bengang gaya permainan 'sampah' Scotland ketika tewaskan Sepanyol
Rodri menyifatkan gaya permainan Scotland seperti "sampah" ketika Sepanyol tewas 0-2 dalam pusingan kelayakan Euro 2024 di Hampden Park awal pagi tadi sambil mendakwa pasukan bimbiongan Steve Clarke itu terlalu banyak membazirkan masa.

Messi jaring gol antarabangsa ke-100 ketika Argentina belasah Curacao
Lionel Messi menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-100 sebelum melengkapkan hatrik dalam separuh masa pertama ketika Argentina membelasah Curacao 7-0 dalam aksi persahabatan di Santiago del Estero hari ini.

EPL: Tahap kecergasan Partey cetus gusar buat Arsenal
Tahap kecergasan Thomas Partey mencetus bimbang buat Kem Arsenal menjelang kembalinya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

EPL: Pasti menakjubkan jika Bellingham sertai Liverpool, kata Henderson
Kapten Liverpool, Jordan Henderson, berkata ia akan menjadi sesuatu yang menakjubkan jika Jude Bellingham dapat menyertainya di Anfield tetapi berpendapat pemain remaja itu perlu memilih satu kelab yang benar-benar sesuai buat dirinya.