Muzaffar Musa
Mon Mar 28 2022

HONDURAS 0 MEXICO 1
Mexico kian hampir ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Honduras 1-0 di gelanggang lawan hari ini.
Kejayaan pasukan di tangga keempat, Costa Rica, menewaskan El Salvador 2-1 dalam satu lagi perlawanan pusingan kelayakan zon CONCACAF menyaksikan Mexico masih belum dapat mengesahkan kemaraan ke kejohanan utama tetapi kemenangan terbaru itu meletakkan El Tri semakin hampir untuk ke Qatar.
Dengan tiga pasukan teratas zon CONCACAF mendapat slot kelayakan automatik ke kejohanan utama, Mexico kini bekelebihan tiga mata di depan Costa Rica dan berkelebihan empat jaringan.
Ia bermakna, sekiranya mereka tewas kepada El Salvador dengan jumlah yang besar pada Khamis ini, pasukan bimbingan Tata Martino itu mungkin berada dalam bahaya.
Mexico menguasai 70 peratus kawalan bola sepanjang babak pertama bertemu Honduras tetapi gagal mencipta sebarang peluang.
Mereka meningkatkan keamatan dalam babak kedua, di mana Hector Herrera, Jesus Corona dan Hirving Lozano mencipta peluang seawal minit pertama.
Edson Alvarez kemudian menemui sasaran pada minit ke-70 dengan menanduk masuk bola sepakan sudut Herrera.
Dengan Costa Rica akan menentang pasukan di tangga kedua, Amerika Syarikat, dalam perlawanan terakhir pusingan kelayakan, keputusan seri dengan El Salvador sudah cukup untuk melayakkan Mexico ke Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut.

LaLiga: Bapa mahu Ansu Fati tinggalkan Barcelona
Ansu Fati mahu kekal di Barcelona tetapi bapanya berfikiran sebaliknya.

Herve Renard letak jawatan ketua jurulatih Arab Saudi
Arab Saudi mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatihnya, Herve Renard, yang akan disahkan menjadi ketua jurulatih skuad wanita Perancis.

EPL: Rashford bidas dakwaan mengarut minta £500,000 seminggu di Manchester United
Marcus Rashford menafikan dakwaan mengarut bahawa dia meminta kesepakatan baru melibatkan bayaran £500,000 (RM2.72 juta) seminggu untuk kekal di Manchester United.

Luis Enrique mahu ke EPL tapi bukan sebagai pengganti Conte di Spurs
Bekas ketua jurulatih Sepanyol dan Barcelona, Luis Enrque, tidak menolak untuk bekerja di England tetapi menafikan akan menggantikan tempat Antonio Conte di Tottenham.

Mitrovic, Silva mohon maaf dilayangkan kad merah dalam aksi Fulham-Manchester United
Aleksandar Mitrovic dan Marco Silva mengeluarkan satu permohonan maaf selepas dilayangkan kad merah ketika Fulham tewas kepada Manchester Unitex dalam saingan Piala FA awal bulan ini.

Piala Dunia B-20: FIFA singkir Indonesia selaku tuan rumah
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyingkirkan Indonesia selaku tuan rumah Kejohanan Piala Dunia B-20 2023, demikian disahkan badan induk bola sepak dunia itu dalam laman web rasmi mereka lewat malam tadi.

Rodri bengang gaya permainan 'sampah' Scotland ketika tewaskan Sepanyol
Rodri menyifatkan gaya permainan Scotland seperti "sampah" ketika Sepanyol tewas 0-2 dalam pusingan kelayakan Euro 2024 di Hampden Park awal pagi tadi sambil mendakwa pasukan bimbiongan Steve Clarke itu terlalu banyak membazirkan masa.

Messi jaring gol antarabangsa ke-100 ketika Argentina belasah Curacao
Lionel Messi menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-100 sebelum melengkapkan hatrik dalam separuh masa pertama ketika Argentina membelasah Curacao 7-0 dalam aksi persahabatan di Santiago del Estero hari ini.

EPL: Tahap kecergasan Partey cetus gusar buat Arsenal
Tahap kecergasan Thomas Partey mencetus bimbang buat Kem Arsenal menjelang kembalinya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

EPL: Pasti menakjubkan jika Bellingham sertai Liverpool, kata Henderson
Kapten Liverpool, Jordan Henderson, berkata ia akan menjadi sesuatu yang menakjubkan jika Jude Bellingham dapat menyertainya di Anfield tetapi berpendapat pemain remaja itu perlu memilih satu kelab yang benar-benar sesuai buat dirinya.