Shaiful Shamsudin
Tue Jan 24 2023

Arsenal mengukuhkan lagi skuad mereka dalam misi merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menandatangani pertahanan tengah, Jakub Kiwior, daripada kelab Serie A, Spezia.
Pendahulu liga utama Inggeris itu sebelum ini terlepas peluang menyambar sentuhan Mykhaylo Mudryk tetapi mereka bertindak membawa masuk Leandro Trossard dan Kiwior pada bulan ini.
Pemain antarabangsa Poland itu menandatangani kontrak jangka panjang di Stadium Emirates, dengan Arsenal dilaporkan telah membayar Spezia £22 juta (RM116.7j).
"Adalah sangat bagus Jakub menyertai kami," kata pengurus The Gunners, Mikel Arteta.
“Dia seorang pemain pertahanan muda serba boleh yang telah menunjukkan potensi dan kualiti yang besar bersama Spezia dalam Serie A, malah di peringkat antarabangsa bersama Poland.
"Jakub merupakan seorang pemain yang akan menawarkan kami kekuatan dan kualiti kepada unit pertahanan kami. Kami mengalu-alukan Jakub dan keluarganya ke Arsenal dan berharap dapat bekerjasama dengannya."
Kiwior masih mempunyai kontrak dua setengah tahun di Spezia selepas membuat 43 penampilan sejak tiba daripada kelab Slovakia, Zilina, pada Ogos 2021.
Bekas pemain muda Anderlecht itu juga memulakan keempat-empat perlawanan membabitkan Poland dalam Piala Dunia 2022 apabila membantu kekebalan gawang pasukannya ketika berdepan Mexico dan Arab Saudi.

EPL: Saka menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama bersama Arsenal
Bukayo Saka dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas membantu pendahulu liga, Arsenal, memenangi kesemua empat perlawanan sepanjang bulan lalu.

Ferguson, Wenger dua pengurus pertama dalam Hall of Fame EPL
Alex Ferguson dan Arsene Wenger menjadi dua pengurus pertama yang disenaraikan dalam Hall of Fame Liga Perdana Inggeris (EPL).

EPL: Tahap kecergasan Partey cetus gusar buat Arsenal
Tahap kecergasan Thomas Partey mencetus bimbang buat Kem Arsenal menjelang kembalinya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

Robin van Persie: Arsenal punya pakej tawan EPL
Robin van Persie menyokong Arsenal untuk mengetepikan cabaran Manchester City, seterusnya menawan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak musim 2003-04.

Toure gesa Arsenal tawar kontrak 10 tahun kepada Saka
Kolo Toure menggesa Arsenal belajar daripada kesilapan lalu dan menawarkan kontrak 10 tahun kepada Bukayo Saka.

Kelayakan Euro 2024: Transisi Leandro Trossard di Arsenal berjalan lancar
Leandro Trossard lega pantas dapat menyesuaikan diri di Arsenal dan optimis dengan peluang kelab baru itu dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kecederaan paksa Mesut Ozil gantung but
Bekas pemain tengah Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 34 tahun.

Bintang MLS pilihan Wayne Rooney bakal berdepan Arsenal
Arsenal akan menentang Barisan Bintang Liga Bolasepak Utama (MLS) yang akan dibimbing Wayne Rooney dalam satu perlawanan persahabatan Julai depan.

EPL: Arsenal sahkan Takehiro Tomiyasu selamat jalani pembedahan lutut
Takehiro Tomiyasu akan terlepas baki kempen Arsenal yang dalam laluan tepat untuk merampas mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal renung prospek 10 ‘final’
Sepuluh perlawanan ‘final’. Itulah yang memisahkan Arsenal dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat julung-julung kalinya dalam tempoh 19 tahun.