Ammar Hakim
Sun Mar 19 2023

Zlatan Ibrahimovic menjadi penjaring tertua dalam sejarah Serie A apabila pemain berusia 41 tahun itu menjaringkan penalti dua kali dalam pertembungan Sabtu ketika bertemu Udinese.
Pada usia 41 tahun dan 166 hari, pemain veteran Sweden itu menewaskan rekod yang pernah dipegang oleh Alessandro Costacurta, bekas pemain pertahanan Milan, yang berusia 41 tahun dan 25 hari ketika dia menjaringkan gol, juga menentang Udinese, pada Mei 2007.
Ibrahimovic turun dalam kesebelasan utama buat pertama kali dalam aksi liga sejak 23 Januari 2022, setelah menjalani pembedahan lutut penghujung musim lalu.
Golnya adalah gol penyamaan untuk pasukan kendalian Stefano Pioli sejurus sebelum separuh masa di Stadio Friuli setelah Jaka Bijol menjatuhkan Rafael Leao.
Marco Silvestri menafikan sepakan penalti Ibrahimovic namun gerakan awal penyerang Udinese Beto bermakna sepakan penalti terpaksa dilakukan semula.
Berang dengan keputusan itu, ketua jurulatih, Andrea Sottil, dilayangkan kad merah kerana bantahannya namun kali ini Ibrahimovic secara klinikal merembat masuk ke bahagian tengah.
Dua minit kemudian, pada minit keenam masa kecederaan, Milan terpaksa meratapi kekalahan 2-1 apabila Beto menebus kesalahan dengan menewaskan Mike Maignan apabila menyempurnakan hantaran lintang Isaac Success.

Milan dituntut melabur tingkatkan kualiti skuad sebaik jamin tiket UCL
Stefano Pioli menggesa Milan agar berani melabur selepas mengesahkan kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) untuk musim ketiga berturut-turut.

Milan terjemah prestasi UCL ke peringkat domestik
Stefano Pioli memuji Milan yang mengulangi persembahannya hebat mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL) ketika menumbangkan Lecce 2-0 dalam perlawanan Serie A, awal pagi tadi.

Olivier Giroud-Milan capai kesepakatan baru
Milan memperbaharui kontrak Olivier Giroud dan pemain antarabangsa Perancis tersebut dilaporkan bersetuju untuk kekal di kelab itu hingga akhir musim depan.

UCL: Milan ketepikan sentimen potensi jumpa Inter dalam separuh akhir
Stefano Pioli berhasrat menikmati kejayaan Milan mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) sebentar tadi, bukannya potensi berdepan musuh setempat, Inter.

UCL: Pengalaman bezakan Napoli-Milan -- Spalletti
Luciano Spalletti menyifatkan pengalaman cetek dan masalah kecergasan Napoli menjadi punca langkah mereka dimatikan dalam Liga Juara-Juara (UCL) oleh Milan, sebentar tadi.

UCL: Spalletti sahkan Osimhen bakal perkuat Napoli bertemu Milan
Luciano Spalletti mengesahkan Victor Osimhen akan memulakan pertembungan Liga Juara-Juara bertemu Milan selepas bintang Napoli yang kembali cergas beraksi dalam aksi seri tanpa jaringan menentang Hellas Verona.

UCL: Ancelotti idam final Real Madrid bertemu Milan di Istanbul
Carlo Ancelotti berminat untuk menyaksikan Real Madrid bertemu Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Istanbul.

UCL: Osimhen terlepas pertembungan Napoli-Milan
Victor Osimhen telah diketepikan daripada perlawanan Liga Juara-Juara Napoli bertemu Milan awal pagi esok sekali gus menjadi tamparan hebat buat Partenopei.

Spalletti yakin Napoli bangkit di pentas Liga Juara-Juara
Luciano Spalletti yakin Napoli akan bangkit apabila berdepan Milan di suku akhir Liga Juara-Juara, setelah menyaksikan pasukannya mengalami kekalahan 4-0 menentang Rossoneri.

Prestasi kelab Itali di Eropah baik untuk Serie A
Simone Inzaghi telah mengucapkan tahniah kepada Milan dan Napoli kerana menyertai Inter pada suku akhir Liga Juara-Juara dan berkata ia adalah 'langkah besar' untuk Serie A.