Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, sedia menerima kehadiran semula pemain badminton negara, Lee Zii Jia, menyertai badan peneraju negara sukan itu.
Andai itu keputusan terbaik yang dicapai dalam pertemuan empat mata di antara Zii Jia dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dalam masa terdekat.
Difahamkan Zii Jia sudah pun menghubungi Hannah semalam bagi menetapkan masa yang sesuai untuk pertemuan penting ini.
"Kami sedang mengatur jadual yang sesuai untuk pertemuan kami.
"Dia baru menghubungi saya semalam," kata Hannah dalam kunjungan ke Wisma MOM hari ini.
Norza yang turut memegang tampuk presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjelaskan tiada sebarang halangan sekiranya keperluan pemain ini untuk kembali ke pangkuan badan induk itu atau kekal dengan pilihan yang telah dibuat.
Tegas Norza, apa menjadi keutamaannya ketika ini adalah apa yang terbaik untuk Zii Jia yang merupakan harapan terbesar rakyat Malaysia menghadirkan pingat emas pertama Sukan Olimpik.
"Saya nak tunggu pertemuan di antaranya dengan Hannah.
"Sama ada dia balik BAM atau tidak, keputusan kami adalah jelas.
"Dia adalah atlet yang sudah pasti ada tempat dalam 'Road to Gold'.
Apa sahaja keperluannya seperti kejurulatihan, kami akan bagi sokongan sepenuhnya," katanya.
Shaiful Shamsudin
Wed Mar 29 2023


Tiada lagi wakil dalam separuh akhir Terbuka Thailand 2023
Pentas suku akhir Terbuka Thailand 2023 tidak membawa tuah buat perseorangan lelaki negara selepas Ng Tze Yong disingkirkan dalam perhitungan ketiga oleh wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.

Rexy Mainaky tuntut kematangan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani
"Jadilah dewasa, bukan seperti anak kecil." Demikian kata-kata itu diungkapkan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, apabila ditanya mengenai gandingan beregu lelaki yang kembali bertaut, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani.

Program RTG: Bukan semua permintaan atlet akan dipertimbangkan -- Menteri KBS
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan bahawa bukan semua permintaan atlet akan dipertimbangkan dalam Program Road to Gold (RTG) sebagai persiapan menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Program RTG: Hamidin ada penyelesaian terbaik buat Lee Zii Jia
Biarpun berdepan prestasi tidak menentu sehingga rankingnya jatuh ke nombor 10 dunia, Lee Zii Jia masih menjadi sandaran buat negara untuk merealisasikan impian pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Badminton: Nur Izzuddin-Sze Fei sah kembali bergandingan
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, hari ini mengesahkan bahawa Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei akan kembali bergandingan demi mengejar kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Masters Malaysia: Kegagalan jadi pengalaman berguna Wei Chong-Kai Wun sasar layak ke Paris 2024
Beregu lelaki memningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, akui kecewa terlepas peluang bergelar juara Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil minggu lalu.

Masters Malaysia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun beri aksi penutup kejohanan dengan penuh dramatik
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menamatkan cabaran mereka di pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan penuh bermaruah dengan kejayaan muncul sebagai naib juara dalam saingan yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia Masters: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Masters Malaysia: Wei Chong-Kai Wun bawa cabaran negara ke final
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, sekali lagi mencipta kejutan apabila melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan menumbangkan beregu dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia Masters: Pearly Tan-M. Thinaah pamer aksi penuh dramatik mara ke final
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan sensasi dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila melangkah ke pentas final susulan kejayaan menumbangkan pilihan kelima dari Korea Selatan, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.