Shaiful Shamsudin
Thu Jan 05 2023

Erling Haaland perlu bermain dengan penuh semangat ketika cuba dikekang pertahanan lawan, kata pengurus Manchester City, Pep Guardiola.
Haaland menjaringkan gol ke-21 Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak tiba daripada Borussia Dortmund ketika juara bertahan seri 1-1 dengan Everton, Sabtu lalu.
Tetapi satu imej selepas perlawanan memaparkan bintang antarabangsa Norway itu bertengkar dengan pertahanan tengah The Toffees, Ben Godfrey, manakala James Tarkowski dan Conor Coady turut terlibat dalam konfrontasi dengan penyerang tersebut.
Guardiola nyata gembira dengan cara pemain berusia 22 tahun itu mengendalikan dirinya ketika berdepan tiga pertahanan berpengalaman EPL yang cuba memerangkapnya walaupun beranggapan di satu tahap, dia juga perlu masuk campur.
“Saya menggemarinya,” kata pengurus berbangsa Sepanyol itu kepada pemberita menjelang kunjungan City ke Chelsea awal pagi esok.
“Dia hanya perlu mengehadkan kelakuannya, bukan dia sahaja malah semua orang.
"Anda perlu menggunakan otak mengenai keputusan yang dibuat tetapi pemain harus kekal beraksi dengan semangat sebegitu.
"Ia perlu. Saya lebih menggemarinya daripada bersikap mendatar.
"Penyerang perlu mengendalikan pertahanan tengah yang sukar. Esok dia akan bertarung dengan Kalidou Koulibaly, Thiago Silva. Itulah sebabnya EPL adalah sangat istimewa."

Pilihan Ilkay Gundogan masih terbuka di sebalik laporan ke Barcelona
Masa depan Ilkay Gundogan kekal terbuka biarpun timbul laporan yang mengaitkan pemain tengah Manchester City itu berminat untuk menyertai Barcelona sebaik kontraknya tamat, menurut ejennya.

Luis Diaz-Darwin Nunez rangsang persiapan Liverpool hadapi Manchester City
Liverpool menerima perkhabaran positif menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester City apabila Luis Diaz dan Darwin Nunez kembali kecergasan untuk menjalani latihan.

Manchester City dicemburui masa, keadaan
Sepanjang dua musim lalu, Manchester City bersandarkan kepada rentetan panjang kemenangan sekitar bulan Oktober, November dan Disember untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kelayakan Euro 2024: Erling Haaland kembali ke Manchester City dengan kecederaan
Erling Haaland akan kembali ke Manchester City untuk pemeriksaan lanjut terhadap kecederaan pangkal pahanya selepas terpaksa menarik diri daripada skuad Norway untuk dua perlawanan pertama kelayakan Euro 2024.

Haaland tidak letak sasaran susulan pecah rekod 40 gol
Erling Haaland mendedahkan dia tidak meletakkan sasaran gol untuk musim ini selepas mencipta satu lagi hatrik dalam kemenangan 6-0 Manchester City dalam Piala FA menentang Burnley.

Undian suku akhir UCL: Manchester City perlu atasi rintangan Bayern
Usaha Manchester City untuk memenangi Liga Juara-Juara (UCL) membawa Pep Guardiola berentap dengan bekas kelab, Bayern Munich, dalam suku akhir.

UCL: Haaland terlalu hebat untuk ditangani Leipzig, kata Rose
Erling Haaland jelas terlalu hebat buat RB Leipzig selepas penyerang itu menjaringkan lima gol untuk membantu Manchester City mara penuh bergaya ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), kata Marco Rose.

UCL: Haaland pecah rekod jaring lima gol bantu Manchester City mara bergaya ke suku akhir
Lima gol yang dijaringkan Erling Haaland membawa Manchester City ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan cukup bergaya apabila membelasah RB Leipzig 7-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 awal pagi tadi.

City hanya akan dinilai berdasarkan kejayaan dalam UCL -- Guardiola
Pep Guardiola mengakui eranya bersama Manchester City hanya akan dinilai dengan kejayaan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) walaupun mereka masih berjuang memburu tiga gelaran musim ini.

Tiada perlawanan mudah dalam EPL, kata Haaland selepas City menang tipis ke atas Palace
Penyerang Manchester City, Erling Haaland, mengakui tiada perlawanan mudah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan gol ke-28 dalam saingan liga itu ketika menewaskan Crystal Palace 1-0 lewat matam tadi.