Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria, dalam masa terdekat.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata Jawatankuasa Pengadil akan memanggil Zulkarnain untuk memberikan keterangan mengenai insiden yang berlaku ketika perlawanan Liga Super membabitkan Sabah FC dan Penang FC di Stadium Likas pada Jumaat lalu.
"Apa yang penting kami dah gantung dahulu dan kami akan lihat selepas proses siasatan pertama ini.
"Jawatankuasa Pengadil sedang melihat lebih lanjut perkara ini dan akan memanggilnya untuk proses seterusnya," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat ketujuh Jawatankuasa Eksekutif FAM hari ini.
Pada Ahad lalu, FAM mengenakan hukuman penggantungan serta-merta terhadap Zulkarnain daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Ia selepas Zulkarnain didapati terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti yang diberikan kepada Sabah.
Hamidin menegaskan penglibatan pengadil dalam industri bola sepak negara amat penting dan pihaknya perlu mencuba berlaku adil untuk memahami setiap situasi yang dilalui pengadil.
"Kami juga mesti memahami daripada pelbagai sudut untuk memastikan mereka berada dalam prestasi terbaik.
"Tetapi, jika ada pengadil yang luar daripada batasan, kami akan sentiasa memerhati dan akan ambil tindakan sewajarnya.
"Bukan senang untuk menjadi pengadil. Mungkin hari ini mereka mengadili dengan bagus tetapi esok mereka ada buat kesilapan," katanya lagi.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 21 2023


Piala FA: Pep Guardiola gesa Manchester City lengkapkan 'treble' musim ini
Pep Guardiola menggesa Manchester City untuk melengkapkan kegemilangan mereka dengan memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menjulang Piala FA malam tadi.

Liga Super: Hilang keyakinan punca Perak dibelasah Terengganu
Hilang keyakinan disifatkan punca Perak FC dibelasah Terengganu FC 3-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Serie A: Inter Milan kekal rentak kemenangan sebelum final UCL
Inter melalui persediaan terbaik menjelang final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) hujung minggu depan apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Torino dalam perlawanan terakhir Serie A awal pagi tadi.

Piala Scotland: Celtic lengkapkan gelaran 'treble' dengan tewaskan Inverness
Celtic meraih gelaran 'treble' domestik apabila menewaskan Inverness Caledonian Thistle 3-1 untuk menjulang Piala Scotland di Hampden Park awal pagi tadi.

Ligue 1: Rennes raih empat teratas, Nantes terselamat, Auxerre tersingkir
Rennes memintas Lille dan Monaco untuk menamatkan saingan Ligue 1 musim ini di kelompok empat teratas manakala Nantes pula mencatatkan kemenangan pertama sejak Februari lalu untuk kekal berada dalam saingan divisyen utama itu sambil Auxerre pula tersingkir pada hari perlawanan terakhir penuh dramatik awal pagi tadi.

Ligue 1: Lionel Messi tinggalkan PSG dengan kekalahan kepada Clermont Foot
Lionel Messi menamatkan kariernya di Paris Saint-Germain (PSG) dengan kekalahan 3-2 di tangan Clermont Foot dalam perlawanan terakhir Ligue 1 awal pagi tadi.

DFB-Pokal: Gol Nkunku, Szoboszlai pastikan RB Leipzig pertahan kejuaraan
Christopher Nkunku dan Dominik Szoboszlai menemui sasaran untuk RB Leipzig mempertahankan gelaran DFB-Pokal dengan menewaskan Eintracht Frankfurt 2-0 dalam aksi final di Olympiastadion awal pagi tadi.

EPL: Joao Moutinho, Diego Costa sah tinggalkan Wolves
Joao Moutinho dan Diego COsta akan meninggalkan Wolves sebaik kontrak mereka tamat manakala Adama Traore pula masih dalam perbincangan untuk melanjutkan kesepakatan bersama kelab itu.

Ligue 1: Selepas Messi, giliran Ramos ucap selamat tinggal PSG
Sergio Ramos akan mengikuti jejak Lionel Messi meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas pasukan juara Perancis itu mengesahkan akan berpisah dengan pertahanan veteran Sepanyol itu pada penghujung kontraknya.

Liga Super: PDRM perlu lebih tajam hadapi Selangor
PDRM FC diharapkan dapat menjelmakan keputusan positif ketika turun melayani kunjungan Selangor FC dalam perlawanan penamat pusingan pertama Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.