Ammar Hakim
Tue Dec 20 2022

Cristiano Ronaldo adalah 'kegagalan terbesar Piala Dunia' dan telah 'merosakkan legasinya', dakwa bekas pemain antarabangsa Jerman, Lothar Matthaus.
Ronaldo telah mengalami pergolakan enam minggu di peringkat kelab dan antarabangsa, setelah dilepaskan Manchester United sebelum permulaan kejohanan di Qatar berikutan temu bual dengan Piers Morgan.
Selepas menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan menentang Ghana, Ronaldo kelihatan berang apabila dikeluarkan semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Korea Selatan dan seterusnya diturunkan ke bangku simpanan untuk dua perlawanan berikutnya di peringkat kalah mati.
Goncalo Ramos dipilih sebagai pengganti dan menjaringkan hatrik, kemudian Ronaldo turun daripada bangku simpanan ketika tewas kepada Maghribi.
Dengan Ronaldo yang berusia 37 tahun kini sedang memburu kelab baharu, legenda Piala Dunia, Jerman Matthaus, mengakui dia tidak pasti siapa yang akan berusaha mendapatkan khidmatnya, memberikan penilaian buruk terhadap pemenang Ballon D'Or lima kali itu.
"Dengan egonya, Ronaldo telah merosakkan pasukan dan dirinya sendiri," kata Matthaus.
"Tidak dinafikan bahawa dia adalah pemain yang hebat dan penyudah yang sangat berbisa. Tetapi kini dia telah merosakkan legasinya.
"Saya sukar untuk berfikir bahawa dia boleh mencari tempat dalam pasukan lain. Saya agak kasihan dengan Ronaldo.
Ketika Ronaldo dan Portugal tersingkir di suku akhir, nasib Lionel Messi dan Argentina jauh berbeza -- meraikan kejayaan selepas kemenangan penentuan penalti dramatik menentang Perancis pada perlawanan akhir Ahad lalu.
Itu mengesahkan Messi sebagai 'pemain milenium' di mata pemenang Piala Dunia 1990, Matthaus, yang lebih menyindir Ronaldo.
“Ronaldo sudah tentu kegagalan terbesar Piala Dunia, bertentangan dengan Messi,” katanya.
"[Messi adalah] pemenang mutlak. Dia layak kerana dia telah memberikan saya dan semua peminat bola sepak kegembiraan yang hebat dengan kualitinya dan cara dia bermain selama 17-18 tahun.
"Bagi saya, Messi adalah pemain milenium."

Semangat The Red Devils direntap di Emirates
Keinginan untuk meneruskan momentum kemenangan bagi memastikan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini tidak terancam telah membuatkan Arsenal bangkit daripada ketinggalan.

Pertahanan longgar cetus resah Erik ten Hag
Erik ten Hag memberi amaran kepada Manchester United bahawa mereka harus mengatasi kelekaan di barisan pertahanan selepas tewas 2-3 kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

Manchester United belum capai mentaliti juara, kata Ten Hag
Erik ten Hag menyifatkan kekalahan Manchester United kepada Arsenal sebagai bukti bahawa mereka harus mengubah mentaliti demi bersaing di peringkat elit.

EPL: Arteta mahu Arsenal nikmati aspek fizikal menjelang aksi lawan Manchester United
Mikel Arteta berkata Arsenal perlu menikmati aspek fizikal mereka menjelang pertemuan dengan seteru lama, Manchester United, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok, di mana The Gunners mahu mengekalkan kelebihan mereka di tangga teratas.

EPL: Ten Hag bengang Manchester United kurang usaha cari gol kedua
Erik ten Hag kecewa apabila Manchester United kelihatan kurang berusaha untuk mencari gol kedua sehingga terikat 1-1 dengan Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park awal pagi tadi.

Jaringan Olise rentap kemenangan The Red Devils
Sepakan percuma lencong yang diambil Michael Olise dalam waktu kecederaan sebelum tiupan wisel penamat dibunyikan telah merentap kemenangan yang dicari-cari Manchester United bagi merapatkan jurang perbezaan mata dengan Arsenal sebagai pendahulu liga ketika ini.

EPL: Weghorst yakin jadi pemain paling sesuai buat Ten Hag, Manchester United
Penyerang baru Manchester United, Wout Weghorst, yakin kesediannya untuk melakukan tekanan akan menjadikannya pemain paling sesuai dengan corak permainan Erik ten Hag di Old Trafford.

EPL: Segalanya mungkin -- Varane optimis Manchester United mampu bergelar juara
Raphael Varane percaya segalanya mungkin buat Manchester United, yang kini sedang menghidupkan peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan seteru setempat, Manchester City, pada hujung minggu lalu.

EPL: Arsenal akan tamatkan musim di belakang dua pasukan Manchester -- Neville
Gary Neville menjangkakan Arsenal akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tempat ketiga di belakang Manchester City dan Manchester United walaupun The Gunners kini sedang mendahului carta liga berkenaan dengan jurang yang besar.

Piala Liga Inggeris: Keane tidak terkejut sentuhan berbisa Marcus Rashford
Marcus Rashford sukar dihalang apabila Manchester United menampilkan keupayaan sebenarnya di bawah asuhan Erik ten Hag, dan bekas kapten, Roy Keane, tidak terkejut melihat mutu persembahan ketika menentang Everton, awal pagi tadi.