Shaiful Shamsudin
Tue Jan 24 2023

PAYS DE CASSEL 0 PSG 7
Christophe Galtier tidak terkejut dengan lima gol yang dihasilkan Kylian Mbappe ketika Paris Saint-Germain (PSG) membelasah Pays de Cassel dalam saingan Coupe de France, awal pagi tadi.
PSG mara ke pusingan 16 pertandingan itu menerusi kemenangan bergaya 7-0 di Lens' Stade Bollaert-Delelis yang menyaksikan Mbappe terlibat dalam kesemua jaringan mereka kecuali satu sahaja.
Seteru daripada divisyen keenam itu bergelut sejak pada awal peringkat permainan sebelum Mbappe memulakan kenduri gol PSG pada minit ke-29.
Gergasi Ligue 1 itu menutup babak pertama dengan kelebihan 4-0 dengan Mbappe mencetak tiga jaringan dan mencipta satu bantuan gol buat Neymar.
Penyerang Perancis itu kemudian menokok dua gol lagi selepas rehat untuk menjadi pemain pertama dalam sejarah PSG yang menjaringkan lima gol dalam sebuah perlawanan.
Carlos Soler -- salah seorang penjaring PSG -- turut menghasilkan aksi yang mengagumkan tetapi Mbappe dan Neymar tetap menjadi tumpuan Galtier.
"Kylian Mbappe seorang penjaring gol, dia begitu taksub dengan gol dan menyerang," kata pengurus itu kepada beIN SPORTS.
“Saya tidak akan mengatakan bahawa dia akan memperoleh keyakinan daripada lima gol ini, sebaliknya inilah standardnya.
"Adalah penting baginya dan Neymar untuk beraksi penuh. Mereka banyak bergabung dan saling bergandingan. Ia bagus untuk mereka."
Perlawanan sebegitu mengundang risiko kejutan besar buat PSG, tetapi mereka tidak pernah tergugat dengan sebarang kejutan apabila mempamerkan persembahan profesional secara menyeluruh.
Mbappe percaya langkah itu mencerminkan penghormatan mereka terhadap kelab liga bawahan.
“Kami gembira, kami datang untuk melayakkan diri dan menghormati pasukan ini,” katanya.
"Hormat bermakna kami bermain dengan kemampuan sebenar. Kami gembira. Ia adalah satu peluang hebat untuk Pays de Cassel termasuk kami kerana kami juga datang daripada bola sepak amatur.
"Kami sangat gembira untuk datang dan bermain di sini, ia adalah satu pertandingan penting buat PSG."

Ligue 1: PSG sudah mula perancangan musim depan, termasuk bincang dengan Messi
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier, optimis mengenai perancangan kelab itu bagi menghadapi musim depan tetapi mengakui ada sebahagian tetapan yang perlu diperbaiki secara signifikan.

Rennes cipta kejutan atasi PSG
Paris Saint-Germain tewas 2-0 menentang Rennes dalam aksi Ligue 1, dengan Karl Toko Ekambi dan Arnaud Kalimuendo menjaringkan gol untuk meningkatkan tekanan ke atas Christophe Galtier.

Terlalu awal bincang masa depan Messi bersama PSG
Christophe Galtier berkata masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada Lionel Messi akan berada di Paris Saint-Germain musim depan, tetapi memuji sikap pemenang Piala Dunia itu.

Messi mungkin sertai MLS atau kembali ke Barca, kata Pique
Lionel Messi mungkin sudah boleh menutup kariernya di Eropah dan menyertai Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) tetapi ramai peminat akan gembira jika dia kembali ke pangkuan Barcelona musim depan.

Ligue 1: Mbappe selamatkan maruah PSG di laman Brest
Kylian Mbappe menjaringkan gol kemenangan dramatik Paris Saint-Germain (PSG) untuk menewaskan Brest 2-1 dalam perlawanan Ligue 1 di laman lawan awal pagi tadi tetapi ia bukanlah aksi yang meyakinkan selepas mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Ligue 1: Galtier tidak ragu komitmen Messi di PSG
Christophe Galtier tidak memiliki sebarang keraguan mengenai komitmen Lionel Messi bersama Paris Saint-Germain (PSG) selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

PSG bakal berdepan kesukaran kekalkan khidmat Mbappe
Thierry Henry memberi amaran Paris Saint-Germain akan bergelut untuk mengekalkan Kylian Mbappe dan menggesa kelab itu memikirkan semula strategi perpindahan mereka selepas satu lagi penyingkiran Liga Juara-Juara yang mengecewakan.

Mbappe alih tumpuan kepada Ligue 1 selepas tersingkir dari UCL
Kylian Mbappe menegaskan penyingkiran Liga Juara-Juara Paris Saint-Germain kepada Bayern Munich tidak akan menjejaskan masa depannya kerana penyerang itu memberi tumpuan kepada kejuaraan Ligue 1.

UCL: Muller lega tuah memihak Bayern
Thomas Muller mengakui Bayern Munich memerlukan sedikit tuah untuk mengatasi Paris Saint-Germain dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

UCL: Choupo bantu Bayern singkir PSG
Eric Maxim Choupo-Moting menghantui bekas pasukan Paris Saint-Germain ketika Bayern Munich mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 yang memastikan kemenangan agregat 3-0.