Tuan rumah Piala Dunia 2022 itu tidak memiliki ketua jurulatih sejak memilih untuk tidak memperbaharui kontrak Felix Sanchez hujung tahun lalu.
Queiroz dipilih sebagai pengganti Sanchez selepas jodohnya bersama Iran tamat sebaik mereka tersingkir daripada Piala Dunia.
Ia merupakan kali ketiga bekas pengendali Real Madrid itu membawa Iran ke Piala Dunia walaupun dua era gemilangnya bersama negara itu turut disulami dengan tempoh hambar bersama Colombia dan Mesir.
OFFICIAL: Carlos Queiroz is the new head coach of #AlAnnabi ????
— Qatar Football Association (@QFA_EN) February 6, 2023
We wish the Portuguese coach all the best with our national team ? pic.twitter.com/ZSN2dCUdGj