Skuad Deaf Tigers berdepan tugas sukar untuk ke suku akhir menjelang perlawanan pembukaan dengan Amerika Syarikat (AS), Sabtu ini.
AS, Mesir dan Jerman menjadi lawan baru Deaf Tigers selepas undian semula Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia yang dijalankan di ibu negara, hari ini.
Menurut Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Ong Shin Ruenn, "Malaysia berada dalam Kumpulan A yang mempunyai tentangan yang hebat.
"Tetapi kami pandang dari sudut positif.
"Kami telah menempah venue 12 yang terdiri daripada stadium awam dan universiti yang telah lengkap," katanya.
Kejohanan yang bakal bermula Sabtu ini itu menyaksikan Malaysia buat julung kalinya bertindak sebagai tuan rumah yang diadakan sekitar di 12 stadium sekitar Lembah Klang.
Sebanyak 19 pasukan lelaki dibahagikan kepada lima kumpulan sementara kategori wanita pula menyaksikan lima negara berentap dalam satu kumpulan.
Shaiful Shamsudin
Mon Sep 18 2023


Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Walaupun bermain dalam hujan yang lebat, ia tidak menghalang Sabah memberikan aksi yang cemerlang dalam perlawanan pertama Kumpulan H, Piala AFC 2023 ketika bertemu Haugang United dan telah mencipta kemenangan dengan selesa.

Piala Malaysia: JDT tetap waspada ancaman Negeri Sembilan
Biarpun memiliki bekalan selesa, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, tetap mengingatkan skuad kendaliannya itu untuk berwaspada apabila berdepan Negeri Sembilan FC dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

EPL: David Raya yakin mampu jadi penjaga gol utama Arsenal
David Raya yakin dirinya mampu menjadi penjaga gol utama Arsenal walaupun mengakui tidak pasti akan diturunkan dalam perlawanan 'Derby London' menentang Tottenham hujung minggu ini.

UEL: Abdallah Sima wira Rangers atasi Real Betis
Jaringan tunggal Abdallah Sima dalam babak kedua sudah cukup untuk memberikan Rangers kemenangan 1-0 ke atas Real Betis dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UECL: Emery gesa Aston Villa segera sesuaikan diri dengan keperluan peringkat Eropah
Unai Emery menegaskan bahawa Aston Villa perlu belajar untuk menangani keperluan dalam kejohanan di peringkat Eropah dan enggan menyalahkan pertukaran yang dilakukannya ketika tewas 2-3 kepada Legia Warsaw dalam aksi Liga Persidangan Eropah (UECL) awal pagi tadi.

UEL: David Moyes puji aksi Mohammed Kudus bantu West Ham bangkit atasi TSC
David Moyes memberikan pujian khas buat Mohammed Kudus selepas pemain sayap Ghana itu membantu West Ham bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan TSC Backa Topola dalam perlawanan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: De Zerbi gembira dengan penampilan Brighton walau tewas kepada AEK Athens
Roberto De Zerbi memuji barisan pemain Brighton dalam bilik persalinan walaupun tewas 2-3 kepada AEK Athens dalam penampilan pertama mereka di peringkat Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: Klopp anggap kemenangan ke-50 peringkat Eropah tidak penting selepas Liverpool benam LASK
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menganggap kemenangan ke-50 di peringkat Eropah yang dilakukannya selepas Liverpool menewaskan LASK dalam saingan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi sebagai sesuatu yang tidak penting.

Piala AFC: Terengganu buka kempen dengan tumbangkan kelab Australia, Central Coast Mariners
Terengganu FC memulakan kempen Piala AFC dengan langkah kanan apabila menumbangkan kelab Australia, Central Coast Mariners, 1-0 dalam aksi Kumpulan G di Kuala Terengganu sebentar tadi.

FAM akan adakan perbincangan pilih calon terbaik ganti Elavarasan
Susulan peletakan jawatan ketua jurulatih skuad bola sepak B-23 kebangsaan, E. Elavarasan, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram, tampil menjelaskan bahawa perbincangan lanjut akan diadakan pada Sabtu ini bagi menentukan siapa calon terbaik mengisi jawatan berkenaan.